C8

11.1K 1.5K 104
                                    

Aku bermundar-mandir di ruang tamu.

"Dah 10 minit ni! Mana budak berdua ni?"

Sambil membebel sambil ulang-alik. Aku perasan budak berlima tu dok terlongo pandang aku yang tak tentu arah ni.

Macam hilang anak.

Eh, memang hilang anak pun. Lagi merisaukan sorang tu macam hantu sorang lagi macam datang dari planet pluto.

"Noona, duduklah. Kookie pening tengok noona macam tu."

Jungkook menepuk-nepuk tempat kosong di sebelahnya.

"Nah, noona. Minum air ni dulu."

Jin menghulurkan gelas air pada aku. Aku tersenyum seraya mengambil tempat di sebelah Jungkook.

Jungkook melentokkan kepalanya pada badan aku di sebelah kiri Jimin pula di sebelah kanan. Namjoon dan Hoseok berebut-rebut nak duduk atas pangkuan aku. Jin pula tersengih-sengih sambil memandang aku.

Alah, ni yang sayang lebih ni.

DingDong!!

"Hah! Tu mesti dorang!"

Jimin sudah terjerit kecil. Hoseok dan Namjoon berlumba-lumba ke pintu. Jungkook hanya duduk di sofa sambil minum air aku yang baru diteguk separuh.

Aku melangkah ke pintu diikuti Jin.

"Noona, cepatlah buka! Joon dengan Chim tak sampai nak tarik tu.."

Jimin menudingkan jarinya pada engsel pintu yang sangat tinggi -pada dorang lah.

Aku jengket sikit dan buka. Daun pintu ditolak.

Wajah Taehyung dan Yoongi terpacul. Taehyung dengan senyuman petaknya dan Yoongi dengan wajah mengantuknya.

Tanpa berkata apa-apa, aku terus melutut dan memeluk mereka. Jimin, Hoseok dan Jin memeluk belakangku.

"Risaunya noona!"

Aku rasa tangan Taehyung membalas pelukkanku. Yoongi pula hanya berdiri kaku.

Terus aku cium pipi dorang. Ish! Dorang buat salah pun aku tak boleh marah.

Kalau korang pun mesti tak sanggup nak marah dorang kan? Huhu.

"Noona, Tae dengan Yoongi gwenchana. Ni coklat yang kitorang beli. Teheee."

Aku meleraikan pelukkan seraya memandang Taehyung yang menunjukkan plastik berisi coklat. Aku tersenyum seraya mengusap kepalanya.

"Lain kali kalau nak pergi mana-mana, minta noona bawakan, arra? Jangan buat noona risau macam ni."

Sebelah lagi tanganku mengusap pipi Yoongi.

"Arrasso noona."

"Good boy!"

***

"Argh! Diamlah! Aku nak buat kerja sekolah!"

Namjoon menjerit nyaring. Mengejutkan semua orang yang berada di ruang tamu tersebut.

"Alah kau pergilah baca buku dalam bilik! Kitorang nak main dekat sini!"

Hoseok bercekak pinggang. Sebelah tangannya memegang patung ultraman.

"Betul betul. Ni ruang tamu bukan bilik belajar!"

Jungkook memandang Namjoon dengan bibirnya terjuih. Gigi rabbit dia macam nak terkeluar dah.

Jimin dengan Jin yang sibuk main pedang pun terdiam, seraya menyaksikan drama di petang hari tu.

"Ta...tapi.. Joon nak belajar..."

Mata Namjoon sudah dipenuhi air mata. Tinggal masa nak gugur je. Ah, lagi sekalikah?

Aku mengeluh. Baru ingat dapat rehat kejap. Terus aku bangun dari baring kat sofa dan mendapatkan Namjoon yang sudah tercebik-cebik.

"Joon, pergi belajar dalam bilik, arra?"

"Shiro! Joon nak ada noona..."

"Okay, noona teman?"

Angguk.

Aku menghulurkan tangan pada Namjoon. Tiba-tiba, sebelah lagi tanganku ditarik Jin.

"Mana boleh! Noona kena duduk sini tengok kitorang main."

"Betul! Lagipun Hoseok nak tunjuk tarian baru Hoseok!"

"Hah? Korang main lah dulu, nanti noona tengok tarian Hoseok. Joon nak belajar ni noona nak tolong dia."

Jin dah mula menangis. Diikuti Hoseok, kemudian Jimin dan Jungkook.

"Huwaaaa! Noona tak sayang kami!"

Alamak..

"Korang boleh diam tak?! Aku nak tidur pun tak boleh."

Yoongi datang dari belakang aku seraya mencerlung memandang budak berlima yang tengah khusyuk dan tawaduk berlumba siapa punya tangisan paling kuat.

"Mianhe...."

Jimin yang pertama berhenti menangis. Jungkook sudah berlari ke arah Yoongi dan memeluknya.

"Yoongi... Kau janganlah marah. Kau pun tak sayang kitorang ke?"

Wajah Yoongi bertukar kepada asal -muka malas dia tulah. Dia menolak Jungkook dan tanpa sebarang kata, dia melangkah pergi.

Aku pandang semuanya dan fikir siapa yang patut aku teman. Dan ting!! Idea bernas dah datang.

"Siapa nak makan ice cream?"

"Nak!!!!!"

Heh, gila ke dorang tak nak. Aku tersenyum seraya melangkah ke dapur dan mengeluarkan dua mangkuk ice cream.

Aku capai 7 sudu dan kembali ke ruang tamu.

"Okay, semua orang duduk elok-elok keliling meja ni. Baru noona kasi."

Dengan tertibnya semua mengikut arahan. Ice cream kot. Memang terus dorang obey arahan aku. Hahahaha.

Sebaik sahaja aku letakkan ice cream di atas meja, semua dah serbu sudu kat tangan aku. Dan dengan lahapnya dorang telan ice cream tu.

"Fuh... Bab makan laju je. Hah Joon, meh sebelah noona belajar."

Namjoon yang sedang sibuk berebut ice cream tu memandang aku dengan mulutnya comot dipenuhi ice cream.

"Sekarang ke noona?"

"Hahah, nanti jelah."

Tak sanggup pula tengok dia beriya makan nak suruh belajar pula.

"Wah!! Ice cream! Kenapa tak panggil Tae!"

Taehyung berlari dari arah tangga dan terus menyerbu semut-semut yang tengah menghurung ice cream tersebut.

Haih, macam-macamlah budak-budak ni. Aku tersenyum melihatkan telatah mereka.

***

Alarm di handphone berbunyi nyaring. Dengan mata yang dipaksa buka, aku capai phone dan matikan alarm.

"Huargh!! Pukul 7 dah nak kena hantar budak-budak pergi sekolah."

Aku bangun, capai baju dan seluar terus melangkah ke bilik mandi dan membersihkan diri.

Semalam pun aku mimpi ada namja peluk aku masa tidur. Aku ni berkhayal ke dah kena kahwin eh?

Kekurangan kasih sayang lah kau ni Yun. Tsk. Sampai mimpi macam tu.

Aku tengah fefeeling sambil mandi, tiba ada orang ketuk pintu.

"Noona!!!"

"Ah, kenapa Chim?"

Aku dengar suara Jimin macam panik je.

"Tae punya hidung berdarah!!"

"Hah?!!"

-kita nak ucap thanks sebab readers sekalian rajin vote dan comment^^

BTS Kids?Where stories live. Discover now