Part 3

17 2 0
                                    

BAB 2

GENAP 2 tahun Nash tinggalkan sekolah lamanya di Shah Alam.Dan selama 2 tahun jugalah dia berada di sekolah ini.Tiada apa yang berbeza cuma persahabatannya sahaja yang berubah.Susah untuk melupakan kenangan mereka berempat.Hanya bertemu di alam maya.

Nik Azenia Nik Hassan.Atau lebih senang dengan panggilan Zen.Seorang yang agak ganas tapi baik.Tak jemu membuatkan dia dan teman yang lain ketawa dengan lawak spontannya.Tak kering gusi.

Mengingatkan itu Nash ketawa sendiri.

Che' Nur Shazlina Syafiqa Che' Rahim.Nama bukan main cantik tapi Fiq jugak yang dipilihnya.Seorang lemah lembut tapi nakalnya.Ya Allah tak boleh nak digambarkan.Tapi,seorang yang serius pada sesuatu masa.Ramai yang suka berkawan dengannya.Bijak tapi tak sombong.Kaya tapi tak angkuh.Cantik tapi tak bangga.

Ejal.Atau nama panjangnya.Nur Farizal Asyraf Muhammad.Seorang muallaf.Sudah 5 tahun dia memeluk islam.Paling tua diantara mereka berempat.Berada pada tingkatan 5 tahun ini.Tua 3 tahun dari mereka bertiga.Baik,tegas,bijak dan dalam pada waktu yang sama nakal yang teramat.

Nash kembali mengukir senyum mengingat kenangan mereka berempat.Selama 9 tahun mereka berkawan.Banyak kenangan yang telah dicipta bersama.Nash mula hanyut dalam memori kenangan.Mata dipejam rapat cuba memfokuskan minda pada kenangan yang berputar ligat di minda.Tanpa sedar masa berlalu larut petang.

"NOVAAC,macam mana?Masih sama atau dah lain?"Soal Arai mula mengambil tempat disebelah temannya yang masih termenung sejak tadi.Novaac dipandang.

"Entahlah,bagi aku takde apa yang berubah."Balas Novaac tanpa nada.Rakannya yang lain dipandang sekilas sebelum menggamit pelayan.

"Kau ni,takkan takde apa yang best kot?"Soal Chad mula tidak puas hati dengan jawapan tanpa nada yang dikasi Novaac.Novaac mula mendengus perlahan.Dia faham apa yang diinginkan oleh teman-temannya.

"Takde apa yang berubah."Balas Novaac mengalah apabila melihat renungan yang diberi oleh Jo.

"Sebenarnya kau buat apa kat sana?"Soal Ku Man ingin tahu.

"Aku ada hal."

"Hal apa?"Jo mula menyampuk.Geram dengan jawapan selenge yang diberi oleh rakannya.

"Kadang kita perlukan sesuatu yang tak boleh dikongsi dengan yang lain."Ucap Novaac perlahan.Wajah dilemparkan ke luar cafe.Melarikan pandangan ke arah lain.

"Kalau kau ada masalah kongsi dengan kitorang."Celah Ku Man.Belakang Novaac ditepuk perlahan.

"Aku okey.Korang tak payah risau.Lepas ni korang nak kemana?"Novaac cuba berdalih buat kedua kalinya dan terus menukar topik.

"Novaac,kami kenal kau.Bukan semalam,dah 5 tahun.Kau gembira ke,sedih ke kitorang dah cam.Jadi jangan cuba tukar topik."Balas Judin yang hanya diam sedari tadi.Novaac mengeluh perlahan.Tidak dapat mengelak lagi,wajah teman-temannya dipandang dengan pandangan sayu.

"Aku tak tau nak mula dari mana?"

"Kau mula aje dari mana-mana kitorang dengar."Pujuk Chad.Yang lain mengangguk.

"Aku tak nak korang terbeban dengan masalah aku.Aku tau korang pun banyak masalah yang perlu diselesaikan.Lagi-lagi kita dah SPM tahun ni."Novaac terus berubah hati.Terus dicekalkan hati untuk menghadapi semuanya sendiri.

"Novaac kau yang aku kenal memang macam ni.Aku tak taulah samada 5 tahun akan datang,kau masih dengan perangai kau yang ini atau tak."Arai gelengkan kepala dengan sengih yang tertampal diwajah.Yang lain ketawa mendengar tapi sebaliknya dengan Novaac.Wajahnya terus berubah.

Cinta Tanpa Tajuk...Where stories live. Discover now