4 Sampah

21.4K 510 3
                                    

"Cuba try yang tu." Aku tunding jari pada sehelai dress 'A' line berwarna off white kepada pekerja yang ditugaskan membantu kami. Bergegas gadis kecil molek itu melakukan tugasnya.

"You betul tak kisah I pilihkan dress wedding you ni?" Minta kepastian lagi. Rose menggeleng sedikit. Matanya meliar ke sekeliling butik. Jarang sangat fokus pada mataku.

Pelik... selalunya perempuan yang beria-ria nak beli dress pengantin. Kayla dulu pun sampai berbelas butik kami masuk hanya nak dapatkan sehelai dress yang paling dia suka. But now, Rose dengan ambil mudahnya biarkan aku yang pilih untuk dia. Lepas tu macam tak berminat bila aku ajak dia shopping. Memang macam langit dengan bumi jika nak dibanding Rose dengan ex-exku yang lain.

"Nah, encik."

"Thanks." Aku sambut huluran dress itu lalu aku serahkan pada Rose. "Try it. If you tak suka I pilih lain." Rose menurut.

*****

"Kenapa tak tunjuk pada I?" Rasa agak terkesan bila Rose keluar daripada bilik persalinan sudah siap bertukar dengan baju yang dia pakai masa kami datang ke butik ini. Dia hanya tenang berjalan ke arahku, di lengannya terselit dress yang kupilih tadi.

"Wait for the day." ringkas tapi tak sedar jawapan Rose mampu mengundang senyum di wajah.

"Okey, I'll wait. Kalau I tak berkenan time tu nanti, you kena bertanggungjawab." Terjungkit terus kening Rose. Alaaa kenapa dia ni miskin dengan riak wajah? Cubalah jadi overreact, sure dia lagi menawan dan comel.

"So far, okey? Selesa?" Angguk.

"Suka?" Angguk lagi.

"Nak tambah lagi tak? Sehelai lagi or dua?" Geleng.

"Betul ni?" Angguk lagi.

Huhh... serius kaku minah ni! "Betul ni?"

"Oh please... Zhaf, I suka dress ni. Satisfied enough?" Aku tahu dia bengang, tapi aku gelak saja. Suka betul dapat dengan suara dia yang mahal tu. Muka marah ke, suka ke, bengang ke, tetap sama takde riak. Masalah betul nak teka hati ros sekuntum ni.

"Okey. I take this one." Pekerja itu tanpa membuang masa mengambil dress di lenganku, lalu bawa ke kaunter. "Duduklah dulu. I pergi bayar jap. Tengoklah kalau ada lagi yang you suka. I belikan untuk you. And... jangan salahkan I if waktu majlis tu nanti, you ada berhelai-helai baju." Pesanku pada Rose. Tanpa suara hanya kelipan mata menjawap pernyataanku. Seketika aku memandang matanya lalu bergerak ke kaunter.

Sukar betul nak meneka hati gadis itu. Dah berpuluh-puluh or maybe beratus-ratus wanita aku temui, dia yang paling complicated. Paling susah nak meneka kata hatinya. Hailahh... aku tak tahulah macam mana nanti kalau dia merajuk.

*****

"Nanti ambil cuti dua minggu tau?" Dahinya berkerut, suapan makanannya terhenti. Setelah puas berbelanja, kami merehatkan diri sambil makan lunch di Nandos. Kaki dah lenguh habis.

"Lepas resepsi, kita terus fly ke Paris. Actually, tiket flight tu my ex fiance yang beria nak tempah, nak shopping kat sanala, sweet time kat sanalah. Tak sangka semuanya dah tamat sekarang." Aku tersenyum hambar. Lama.. Perlahan pandangan jatuh ke pinggan daripada wajahnya. Luka seakan ditoreh kembali. Sakitnya Allah je yang tahu. Suasana restoran yang agak riuh bagai terhenti seketika apabila aku mula hanyut dalam kenangan.

"Tak guna simpan sampah." Komen Rose setelah lama dia berdiam diri buat aku mengangkat wajah. Membalas pandangan beku dan mati wanita itu dengan pandangan yang tak tahu aku tafsirkan bagaimana. Sedikit sakit hati dengan gelaran sampah buat Kayla, tapi agak menyokong dengan pernyataan itu. Sampah... tak guna...

"Sampah ni terlalu istimewa untuk dibuang, Rose."

"Sampah tetap sampah."

Berkerut, "I guess you tak pernah bercinta kan?" Rose senyap. Matanya berkalih memandang makanan yang masih berbaki dan dia meneruskan makan. Macam mengelak daripada berbicara lanjut tentang kisah cinta dirinya.

"Cinta hati, cinta mati." Lebih kepada berbisik pada diri sendiri. Sokey, if dia tak mahu meneruskan perbualan. Maybe dia rasa kami tak cukup mengenali satu sama lain untuk berbicara tentang kisah silam masing-masing. Haha, everything takes time. And I'm willing to give her some space. Aku meneruskan makan.

"Cinta hati, cinta mati. Cinta hati, pergi mati." Aku tersenyum dengan kata-kata Rose yang selamba terluah dari bibir seksinya. "Tak ada yang indah dengan cinta."

Woahh.... ni memang ayat trauma dengan cinta ni!

"Cinta tu indah. Tapi bergantung macam mana you uruskan perasaan tu. Jatuh pada orang yang salah ialah salah satu punca cinta rasa menyakitkan." Rose terdiam. "Apa kata kita cuba? I tak rasa you orang yang salah."

Tetap tidak bersuara, Rose kembali melakukan aktivitinya dengan tenang. Ibarat angin lalu sahaja dia abaikan ajakanku.

I don't know, I see something in her. Something interesting, something freaking, something adventurous. You tunggula, Rose. Sampai masa you jadi milik I, I akan buat you fall in love really hard for me sampaikan you tak mampu bangun lagi dah. I akan buat you rasa indahnya cinta sampaikan you tak mampu hidup lagi tanpa I. I akan pastikan semua tu berlaku nanti.

Everything takes time.

Ya, everything takes time.

Rose EllieWhere stories live. Discover now