25 Dangerously

19.7K 473 30
                                    




I dinner kat luar, jangan tunggu I malam ni. I balik lewat sikit.

Butang send aku sentuh sebelum simbol delivered terpampang. Keluhan aku lepaskan. Kembali merenung cawan yang berisi espresso yang baru luak suku. Manalah si Qayyum ni? Lembab betul.

Solat maghrib di pejabat, aku tak pulang lagi sejak pertemuan aku dengan Encik Iqbal tadi. Entah kenapa aku rasa bersalah untuk berdepan dengan Rose. Tak sampai hati nak lihat wajah yang aku dah mungkiri janji. Sekali lagi keluhan terluah melambangkan kekusutan kepalaku kini.

"Wow... That sounds soo horrible." Kata seseorang di belakangku. Aku kenal suara itu.

"Kusut duh." Qayyum beralih ke hadapanku lalu melabuhkan duduk. Sempat dia memanggil pelayan untuk membuat pesanan.

"Asal, bro? Serabut lain macam je aku tengok kau ni." Qayyum ikut berkerut. Habis ditilik wajahku atas bawah. "Kayla lagi?"

"Bukan.."

"Bistu?" Aku berdecit.

"Bini aku, Rose." Qayyum tiba-tiba tergelak kuat hingga beberapa pasang mata netizen menjeling ke arah kami.

"Seriuslah? Bini kau yang hot tu buat perangai?" Serkap jarang yang buat aku sedikit panas dengannya.

"Bukanlah, bodo." Kan dah kena.

"Eh? Aku pulak.  Macam ni eh member? Hahaha... bistu cemana? Tak cerita apa-apa pastu aku main tembak jelah. Dah salah kau marah aku pulak." Qayyum gelak lagi. Haih.. aku tak faham apa yang lawaknya sampai dia gelak aja kerja.

"Dah kau tak bagi aku ruang untuk explain, macam mana siaa aku nak explain?" Emoji mata segaris, mulut segaris. Qayyum ketawa kecil.

"Haa... sila-sila. Ceritalah." Perbualan terhenti seketika saat pelayan wanita menghantar pesanan. Qayyum seperti biasa, obviously seperti aku dulu - usyar awek even mereka hanya seorang pelayan cafe. Habis blushing awek tu.

Pandangan tak berminat aku beri. Enjoylah selagi kau boleh enjoy, Qayyum.

Perangai dulu memanglah indah, dikelilingi ciptaan Tuhan yang paling istimewa atas dunia lagi. Tak perlu ada komitmen, tak perlu sakit otak fikir relationship. Enjoy je. Yang tak bestnya, hidup tiada arah tujuan - spoil.

Beredar sahaja gadis itu, Qayyum kembali fokus (tak berapa) padaku. Semua yang terbuku dalam hati dan otak aku muntahkan. Sekadar perkara yang membawa aib aku dan Rose sahaja aku simpan sendiri. Qayyum kadang kala memandang sekitar kami, menyedut straw, mengenyit mata pada gadis yang lalu-lalang. Langsung tak fokus dengan apa yang aku ceritakan.

Kalaulah aku tak kenal peribadi Qayyum, memang dah lama aku hentak dia ni. Nasib baik pada Qayyum aku kenal dia dah lama.

"Kalau aku jadi Rose, aku marah gila kat kau. Percaya langsung hancur." Qayyum angkat kepala. See? Dia mendengar semua yang aku kata walaupun dia kelihatan tidak. Tu yang aku salute dia ni. "Tidur luar malam ni!" Jerit Qayyum sedikit sebelum dia ketawa besar. Suaranya diubah tone menjadi kecil, kononnya jadi Rose - menganjing aku.

"Bodo."

Acah buat kerja lain, tapi sebenarnya telinganya fokus dengan apa yang orang sekeliling kata.

"Tapi tulah pasal kan? Kau tu cubalah bawa bersabar. Rose sembunyikan sesuatu tu... maybe dia tak ready lagi dengan kau. Yelah, korang tak kenal langsung tuptup kahwin. Minah jenis macam Rose tu mana je tak terkejut, duh? Kalau dia jenis yang wild tu semua benda dia cerita. Kau ni pun..."

"Tapi, duh.. macam mana sekarang ni? Aku dah bank in dah duit pada Iqbal tu."

"Kau ni kadang-kadang bangang pun ada jugak. Callla dia, bagitahu cancel. Bodo." Haisyh... nasiblah dia ni dah pindah ke company bapak dia. Kalau under aku lagi, memang kenalah dia ni.

Rose EllieWhere stories live. Discover now