1

172 3 1
                                    

2016

"Apa kau cakap??.Kau tolong ulang sekali lagi!!??.Dah setahun tau?.Dah setahun aku tunggu.Kau jangan main-main!!.Dulu....kau cakap dalam 6 bulan dia dah boleh baik!.Sekarang ni.....dah setahun.Dah setahun!!.Kau ni tahu buat kerja ka tak tahu buat kerja?!.Doktor macam mana kau ni??!!".Menyirap darah Adriana sehingga ke kepalanya.Tangannya ini laju saja mencengkam kolar baju lelaki yang berusia dalam lingkungan 50 tahun di hadapannya ini.Ahh....kisah pula dia orang tua ke tak.Sungguh....kepalanya ni tak dapat nak hadam dengan betul segala ayat yang baru saja doktor ini keluarkan dari mulutnya sebentar tadi.Dah tak ada harapan.Senangnya dia cakap.Sumpah.....Adriana akan menanggung rasa bersalah ini seumur hidup.Sebab dia.....sebab dia semua benda ni jadi.'Ya Allah.....semua ni salah aku.Salah aku'.Kedua-dua tapak tangan diraupkan ke muka.Dia mengalihkan pandangannya ke satu sudut.Dipandangnya sepi wajah itu.Wajah yang tenang itu ditenungnya sekilas.Dalam hal yang macam ni,dia masih boleh lagi kelihatan tenang?.Adriana makin diburu rasa bersalah.

"Alah....relaks lah.Mungkin,ini dah takdir aku kot?.Nak buat macam mana?.Lagipun,bukannya aku tak boleh dengar langsung.Aku boleh juga pakai hearing aid ni.Cuma nanti....kau belanja aku lah.Belikan aku yang baru ehh??.Heheh".Irfan Hakimi kelihatan bersahaja.Adriana pula....serasakan mahu bunuh diri saja ketika ini.Seriously....dia boleh buat lawak lagi pada waktu ini?.Adriana tahu.....mesti dia sengaja berpura-pura kelihatan tabah.'Irfan....kau tak pernah nak salahkan aku kan?.Padahal.....dah banyak kali aku sakitkan hati kau.Aku lebih sanggup kau benci aku....daripada kau layan aku baik macam ni'.Desis hati Adriana.

Ya tuhan....andai dapat aku undurkan balik masa untuk kembalikan ke hari itu.Kesian dia.....aku yang menyebabkan dia jadi macam ni.....

2015

"Tak....sekarang ni kau pahal?.Apa pasal pula kau nak sibuk cari aku kat sini?.I have my own life ok.Lagipun.....apa makna kalau aku ada rumah tapi orang kat rumah tu perangai macam puaka?.Aku dah tak tahan lah hidup macam ni.Dah la....kau tak payah la nak susah-susahkan diri kau nak bawa aku balik.Aku tak nak.Titik.Kau...dengan motor kau ni....pergi la dari sini!".Suara Adriana semakin meninggi.Sungguh...pada saat ini,serasanya dia tidak ingin siapa-siapa untuk berada di sampingnya.Biarlah dia bersendirian.Family??....hehh...ada family pun macam tak ada family je.Agaknya....kalau dia mati sekalipun tak ada siapa diantara mereka yang nak ambil tahu pun.

"Come on laa....it's not the end of your life.Aku mengaku....memang aku takkan faham kau sebab bukan aku yang berada dalam situasi kau sekarang ni.Tapi....kau tak fikir ke?.Bukan kau sorang je yang ada masalah.Orang dekat luar sana tu......mungkin ada masalah yang lebih berat lagi daripada kau.Ingat Ad....ni semua ujian Allah untuk kau.Allah takkan beri ujian kepada seseorang itu kalau dia tahu hambanya itu tak mampu.Dan.....lagi satu lah,kau tolong la fikir pasal adik kau.Adik kau tu masih kecil.Siapa lagi nak jaga dia kalau kau lari dari rumah?".Irfan mengeluh perlahan.Berbuih-buih sudah mulutnya menasihati si Adriana ni.Tapi....macam biasa lah.Bukan sehari dua dia kenal perempuan ni.Kawan sejak dari kecil kot.Kawan??....hemmm bila memikirkan pasal status itu,kadang-kadang boleh buat hatinya sakit juga.Dah bermacam-macam hint dah yang diberikan.Tapi.....si Adriana tetap Adriana.Kepala dungu.Friendzone.....satu istilah yang layak untuk diguna pakai ke atas dirinya.Adriana hanya menganggapnya sebagai kawan sahaja.Tak lebih dari tu.Sadis betul.

"Dah....kau diam boleh tak?.Diam!!.Apa kau rasa tanggungjawab aku ke nak bagi budak tu makan!.Hahh??.Apa guna aku ada ayah?.Ayah aku.....sibuk dengan judi.Arak.Duit pun asyik pau duit elaun belajar aku je.Tak.....lagipun kau siapa?.Kau siapa nak ambil tahu pasal aku?.Boyfriend aku??...bukan.Abang??.Bukan.Jadi....kau tak ada hak nak atur dan nak nasihatkan aku.Ehh....ayah aku pun tak ambil tahu pasal aku.Yang dia tahu,sekarang ni dia tengah mabuk atas meja judi.Sikit pun dia tak fikirkan aku yang mungkin tak berapa hari lagi ni kepala aku dah nak kena penggal.Along sekarang ni tengah cari aku sebab orang tua tu berhutang.Aku rasa macam dah tak ada guna lagi dah untuk aku hidup.Ehh....kau balik la.Balik!!".Air mata laju saja jatuh bercucuran di pipinya.Selama ini....dia berusaha untuk kelihatan kuat dihadapan orang lain.Tapi...tu lah.Dia manusia biasa yang ada hati dan perasaan.Bukan alien.Sesekali....dia juga bisa kelihatan lemah.

"Tapi....aku kan kawan kau?.Aku tak nak hidup kau jadi macam ni.Aku tak nak hidup kau end up dekat tempat yang macam ni.Please la Ad.Ikut aku balik".Rayu Irfan buat kesekian kalinya.Sebenarnya,dah berkali-kali juga dia datang dan memujuk Adriana di bar tempatnya bekerja ini.Tapi....jawapannya tetap saja sama.

"Jap....apa kau cakap tadi?.Kawan??.Err sejak bila aku ada kawan macam kau?".Adriana dapat melihat riak wajah Irfan berubah sedikit.

"Budak baik macam kau tak layak sebenarnya jadi kawan aku.Kau bukan macam aku,semester lepas pun kau dapat dekan.Aku??.Aku kena buang  kot.Jadi....kau rasa kau layak ke jadi kawan aku?.Budak pandai....semua lect suka kau sebab prestasi kau cemerlang.Aku?.Apa yang aku ada?.So,kau tak payah la nak declare yang kau tu kawan aku.Budak nerd dan baik macam kau,tak sesuai dengan aku.Dah la....daripada aku buang masa layan kau lebih baik aku sambung kerja aku.Lagipun.....kau tak faham bahasa ehh?.Ingat pandai?.Aku cakap...aku tak nak balik.Tak nak la!!.Blah la kau!!".Entah apa kudrat yang telah merasuk badan Adriana kini.Serasa ringan saja dia menolak badan Irfan sehingga dia jatuh terjelopok di atas jalan raya.Biar.Dia puas.....hatinya puas!.

Tapi....baru sahaja dia hendak berpaling dan mengangkat kaki dari situ.Terdengar satu bunyi hentaman yang agak kuat.Adriana terpana di situ.Kelihatan sekujur tubuh yang amat dikenalinya terbaring dengan kepala yang penuh dengan lumuran darah.

Sorry...edited sikit chapter ni





Cintaku Buat Mr ArmyWhere stories live. Discover now