2

82 0 0
                                    

"Apa.....maksud doktor?.Dia....tak.Tak mungkin!!.Doktor mesti silap dekat mana-mana ni.Saya mohon,tolong check sekali lagi.Ini mesti ada yang silap".Manik-manik kecil gugur sedikit demi sedikit dari kelopak mata Adriana.Serasakan macam ada satu panahan halilintar saja yang menyambar dirinya ketika ini.Dia bungkam.Harapnya,apa yang didengarinya sebentar tadi semuanya dusta belaka.

"Minta maaf cik.Tapi,jikalau diiikutkan dengan hasil test yang baru kami lakukan sebentar tadi.....bahagian kepala pesakit cedera teruk akibat kemalangan itu.Disebabkan gegaran yang berlaku pada bahagian otaknya,ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada gegendang telinganya.Jadi,apa yang dapat saya simpulkan....encik Irfan akan kehilangan deria pendengarannya.Tapi,cik jangan risau.Menurut kes-kes yang terdahulu,biasanya pesakit akan mengalami pekak sementara waktu sahaja.Jadi,inshaallah jikalau encik Irfan berdisiplin dan selalu mengikuti rawatan susulan yang ditetapkan oleh doktor,dengan izin Allah dia akan pulih seperti sediakala".Kata-kata doktor itu ibarat masuk ke telinga kanan,keluar telinga kiri sahaja(Ehh...betul kan??.Maaf author ni bukan lah budak sastera yang pandai buat ayat-ayat jiwang ni hahah.Sorry kalau merosakkan mood).Fikiran Adriana menerawang entah ke mana.Jaminan yang diberikan oleh doktor itu sedikitpun tidak dapat menenangkan hatinya ketika ini.'Ya Allah....apa aku dah buat?.Kawan macam apa aku ni?.Aku dah banyak menyusahkan dia.Aku....penyebab dia pekak'.Desis hati Adriana.Dia meraup wajahnya berkali-kali.Macam mana dia nak beritahu Irfan pasal perkara ni?.Sejujurnya,Irfan itu terlalu baik buat dirinya.And...he doesn't deserve this.Adriana saja yang terlalu bodoh.Bodoh untuk menilai.Dah terang-terangan si Irfan tu sukakan dia.Tapi,dia kepala batu.Jenis yang buat tak tahu je dengan lelaki ni.Hai Irfan....Irfan.Penulis turut bersimpati dengan nasib kau.

"Peratusan untuk sembuh?".

"Saya boleh katakan.....50 percent".

"50 percent??.....maknanya,ada kemungkinan juga untuk dia tak sembuh kan?.Macam mana kalau dia tak sembuh doktor?".Nahh....satu soalan cepumas yang diberikan membuatkan doktor yang berusia dalam lingkungan 40 an itu terdiam seketika.Mungkin tengah menyusun ayat untuk menyedapkan hati barangkali.

"Itu....mungkin kita serahkan kepada Yang Maha Kuasa.Kami sebagai doktor akan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan pesakit kami".Akhirnya,jawapan cliche juga yang diberikan.Ayat macam dalam drama petang-petang tu.

"Ini semua salah aku......ini semua salah aku!!".Adriana menjerit sambil menumbuk-numbuk dinding bilik itu.Sakit??.Hemmmm.....rasanya lebih sakit lagi rasa bersalah yang ditanggungnya ketika ini.Terduduk dia di lantai hospital itu sambil melayan perasaan.Perasaan bersalah yang membuku di hati.

Sandakan,Sabah 

Tahun 2014

Kapten Rayyan POV

"Warghhhhhhh.....Arrghhhhhhhh!!.Bitch!!".Setan.Ya....setan!.Hanya perkataan itu sahaja yang bermain-main dalam kotak fikiranku ketika ini.Setan....adalah satu panggilan yang tersangatlah layak buat manusia bajingan yang sedang berdiri di hadapanku ini.Mataku meliar memandang sekeliling.Seluruh tubuh badanku kini disambungkan dengan wayar-wayar yang aku tak tahu pun apa fungsinya.Tempat apa ini?.Neraka.Ya....dapat aku simpulkan sebagai neraka.Duduk di neraka dan bertemankan setan-setan lahanat ini.Aku harus cari jalan keluar.Aku harus keluar dari sini!.

"Increase kan voltage.Tapi,jangan buat sampai dia mati.Sebab....aku nak main satu permainan dengan hero kita ni.Hahahahahahahahahaha!!!!".Gelak tawanya bergema di seluruh ruang bilik gelap ini.Jahanam.Mengapalah wujud pengkhianat negara macam dia ni?.Sampah masyarakat.Aku mengetap bibir menahan sakit.Kesakitan terasa menjalar di seluruh tubuh badanku.Aku semakin lemah.Tapi,untuk tunduk kepada manusia sampah macam dia ni.....sorry,aku bukan semudah itu.

"Kalau kau fikir....dengan cara kau seksa aku kau akan dapat maklumat.Kau silap.Aku lebih rela mati daripada aku pecahkan rahsia tu!!!!".

"Bushhhhhh!!!!".Satu tumbukan padu diarahkan ke pipi kananku membuatkan pandanganku berbinar seketika.Bibirku terukir satu senyuman sinis.

"Sial.....tak apa.Kita tengok setakat mana kau mampu bertahan Kevin.Ohhhh.....or should i say.......Kapten Rayyan Haikal.Well, i have a very big surprise for you.Lepas ni,Aku yakin yang kau takkan mampu tersenyum lagi.Say hi to this girl".Kelihatan sekujur tubuh seorang gadis dibawa masuk oleh 2 orang lelaki cina yang mungkin menjadi konco kepada si syaitan ini.Aku tergamam.Tak....jangan!!

"Sekarang kau pilih.....it's your choice.Nyawa dia,dalam tangan kau".Picu pistol diacukan ke arah kepala gadis tersebut.


Sorry kalau tak best,baru berjinak-jinak nak buat novel action ni.By the way kalau ada comment apa2 boleh cakap je.Sebab saya mungkin boleh improve penulisan saya.Keep reading ya!! 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 15, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cintaku Buat Mr ArmyWhere stories live. Discover now