Ketika dia muncul di bilik darjah, dia hanya mampu telan pahit yang dilihat. Penuh mejanya dipenuhi sampah dan basah air longkang.
Dia segera mengambil penyapu dan lap air kotor. Sehelai kertas dihampar pada kerusi dan dia duduk melepaskan penat dengan wajah masam mencuka. Tangis ditahan.
Sekumpulan perempuan-busuk-hati mengejeknya dengan segala macam kata nista dan caci maki. Segala yang busuk adalah dia. Segala yang indah milik kumpulan perempuan itu. Lagak teman sekelasnya seperti sudah biasa dengan pemandangan ini, tidak ambil peduli dan mengamalkan sikap sendiri-sendiri.
Dia hanya mampu menunduk kepala dan mengetap bibir menahan segala panah lembing yang dihujani. Sudahlah tempatnya masih berbaki bau sampah. Dia hanya mampu berharap agar segera gurunya muncul disitu.
Dan aku, hanya mampu melihat adegan saban hari. Perempuan-hati-busuk dan dia-sering-dibuli tanpa mahu mengambil cakna. Aku bukan hero yang dipuja. Aku hanya seorang orang yang disudut kelas, memerhati, atau tidur sendiri.
YOU ARE READING
Seperti yang kau mahukan
Short StoryAku bukan dilahirkan untuk memenuhi apa-kau-mahu, kerna aku juga punya ingin yang-aku-mahu