Tiga

10 0 0
                                    

Aku rasa dia ini seorang yang gigih. Walau dibuli, tapi masih lagi kekal hadir ke sekolah. Kalau aku, aku rela duduk di rumah,tidur atau bersenang-senang. Bebas dari segala caci-maki dan sakit-hati.

Tapi tidak dia.

Di sudut ruang bilik darjahku, aku kira, tempat aku sangat strategik untuk menilik segala macam perihal kawan sekelasku. Ada jenis ulat buku yang sentiasa duduk di depan dan menelaah. Ada jenis gamer. Khusyuk dengan handphone tiap masa. Ada jenis gosip dan geng mengumpat. Ada jenis loner macam dia. Ada kumpulan diva seperti perempuan-hati-busuk.

Perempuan-hati-busuk. Aku namakan begitu kerana mereka sering mencari masalah dengan orang lain. Dengan aku, semestinya tidak. Aku memegang rahasia paling agung mereka. hahaha. Tapi aku tidak sebusuk mereka untuk menjaja kisah peribadi untuk kepentingan. Yang aku tahu, jangan ada siapa-siapa ganggu hidup aku,dan tidurku.

Tapi hari ini, kosentrasi aku terganggu. Dia tiada di bangku. Waktu rehat sudah lama habis, tapi dia masih tiada. Hanya beg dan buku terletak di meja. Geng perempuan-hati-busuk ada saja bergelak teriak. Dia bukan jenis ponteng kelas. Dia akan tercongok disitu tepat masa. Jadi,di mana dia?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 17, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Seperti yang kau mahukanWhere stories live. Discover now