Dua

11 0 0
                                    

Aku tidak tahu apa salah aku, sehingga dibenci ke tahap ini. Setiap hari ,payah langkah aku untuk hadir ke sekolah. Aku tidak mahu dan tidak ingin langsung bertemu muka dengan perempuan berlagak diva. Segala macam buli aku sudah telan. namakan sahaja.

Yang paling aku tidak mampu lupakan,ketika waktu pendidikan jasmani, semua pelajar perlu menukar pakaian sukan. Dan ketika aku menukar pakaian, perempuan-perempuan gila menyerbu masuk kedalam bilik persalinan dan melucutkan semua pakaian aku.

Aku tidak berkuasa melawan. Segala macam sepak, tumbuk aku rasa. Aku hanya mampu memeluk tubuh dan menangis. Dirakam segala perbuatan,dan aku yakin, gambar bogelku bakal menjadi ugutan akan datang.

Seperti biasa, pelajar lain tidak ikut campur urusan-buli yang aku sering hadapi. Sendiri-sendiri lagi. Aku tidak punya kawan. Tiada siapa berani mendekatiku,bimbang turut dikasari perempuan setan itu.

Kenapa tuhan masih memberi nafas kepada mereka? Atau kenapa tidak tuhan menghentikan saja nafasku,aku penat.

Seperti yang kau mahukanWhere stories live. Discover now