[Part 1] Siapa dia?

80 5 0
                                    

PERJALANAN BALIK DARI INCHEON *MALAM

"Minah ini sekolah kamu,cantik tak?" Kata appa minah. "Wah besarnya.. Jinjja-yoh? Cantik." Balas minah gembira. "Haha appa sahaja tunjuk awal-awal. Mesti Minah suka punya" senyum appa sambil berkata pada minah.

Drivernya terus memandu untuk pulang ke rumah. Semasa berhenti di lampu isyarat yang berdekatan dengan hutan, Minah terkejut seperti melihat sesuatu di dalam hutan itu. Seseorang dengan mata yang merah sedang melihat Minah dari dalam hutan. Minah baru perasan pada diri lelaki itu yang penuh dengan lumuran darah.

Kereta Minah terus jalan apabila lampu isyarat bertukar hijau. Mata Minah tidak lepas memandangnya, sama juga seperti lelaki itu. 'Siapa dia?kenapa dia duduk dalam hutan pada waktu malam macam ini?' Soal minah dalam hati.

DI RUMAH MINAH

Minah terus masuk kebilik dan mandi sesampai sahaja dirumah dia. Selesai sahaja mandi,minah terus mengambil laptop dan membuka YOUTUBE . Dengan laju Minah menaip cerita yang diminatinya dari dahulu lagi 'VAMPIRE STORY'

Sewaktu Minah leka menonton cerita vampire itu, Minah terdengar ada sesuatu yang berada berhampiran dihalaman rumahnya.

Minah membuka pintu beranda dibiliknya. Minah melihat dibawah dan ternampak sesuatu yang mencurigakan. Minah menunduk sedikit badannya,dengan mata yang tajam Minah nampak seseorang yang sedang melihatnya.

Minah terkejut dengan rupanya. "Dia? Bukan dekat dalam huta tadi ke? Macam mana boleh sampai sini?" Soal Minah hairan.

"Yah!! Mwoya neugoya?!" Jerit Minah dari atas pada lelaki itu. "Sekejap!" Kata Minah lagi.

Minah terus turun ke bawah dan keluar ke halaman rumahnya. Apabila sampai sahaja di halaman rumahnya. Lelaki tadi terus hilang dari pandangannya. Minah pandang sekeliling kawasan rumahnya "Dimana awak?" Cari Minah. Setelah sekian lama Minah mencari,Minah berputus asa dan terus tidur dengan banyak tanda soal.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Hope enjoy my fanfic !
Kalau best , please vote 😁😁😁

Night Secret Where stories live. Discover now