Taehyung
Hari ni, ramai cikgu yang tak ada sebab uruskan budak-budak yang masuk pertandingan.
Maka berhuha lah semua murid kelas aku ni. Dah lah selalu bising, hari ni makin bertambah bising lah diorang.
Kelas kitorang sentiasa dikecam cikgu sebab terlalu bising. Ψ( ̄∀ ̄)Ψ
Tapi cikgu tak boleh nak buat apa lah sebab budak-budak kelas aku juga gred akademik terbaik walaupun bising dan ramai malaun dalam kelas nih.
" Hoi! Jangan sentuh rambut aku lah! "
" Kurang ajar siapa yang letak katak dalam beg aku! Taguna!! "
" Weii korang aku dapat gambar derp Sehun! Cepat buka bluetooth handphone korang! "
" Aduhmak majalah Playboy minggu ni tak best betul lah! Membazir je aku beli! "
" Wei Woozi bergay dengan Hoshi kat bawah meja! "
Haaaa itulah kebisingan yang melanda. Biasanya, aku akan turut serta jadi sebahagian daripada makhluk-makhluk tu semua. Tapi kali ni tak.
Sejak daripada tadi Jimin langsung tak nak bercakap dengan aku apatah lagi pandang muka aku. Dia sanggup duduk sebelah Dowoon daripada duduk sebelah aku.
Besar sangat ke salah aku dengan dia? Aku menoleh ke arah Jaehee. Perlu ke aku minta tolong dia?
Tak. Aku tak nak tarik dia dalam masalah aku dengan Jimin.
Ni semua salah aku kan? Salah aku. Jadi aku akan selesaikan sendiri.
Aku bingkas bangun dan berjalan ke arah Jimin.
" Jimin ah. " ucap aku sebaik sahaja berdiri berdekatan tempat duduknya. Dia langsung tidak memandang aku dan terus khusyuk membaca buku.
" A...aku minta maaf. " aku memegang tangannya.
Namun Jimin menepis dan memandang aku sekilas dengan jelingan tajamnya. Hati aku terasa sakit sangat.
" Aku tak ada niat pun nak sakitkan hati kau. Aku minta maaf. Aku hanya nak berkawan je dengan dia. Tak kan aku nak khianat kawan aku sendiri? " aku mengetap bibirku menahan sebak.
Lantak lah orang nak cakap aku ni lembik ke apa! Aku sayangkan Jimin! Dia je kawan yang ada waktu susah senang aku!
" Jimi--- "
" KAU BOLEH BERAMBUS TAK?! AKU RIMAS LAH! " tengking Jimin dengan kuat. Aku tersentak.
Satu kelas terdiam dan menoleh ke arah kami berdua. Aku terkedu.
Jimin tengking aku hanya sebab aku keluar dengan Jaehee?
Jimin sanggup nak bermusuh dengan aku sebab Jaehee?
Wah. Tak sangka cinta tu lebih berharga daripada kawan.
Aku mengangguk perlahan. " Aku faham. " aku tersenyum pahit. Jimin langsung tidak membalas.
" Tae, jom ikut aku sekejap. " tangan aku ditarik secara tiba-tiba oleh Jaehee.
![](https://img.wattpad.com/cover/80743712-288-k983915.jpg)
YOU ARE READING
[C] Chat » Park Jimin «
Fanfic+ cinta tu... ajaib kan? ------------------------ For my dearest unnie, @jihope94 Thanks for support me. I love you. #10 in Fanfiction [ 19 August 2016 @ 11:15 am ] #6 in Fanfiction [ 19 August 2016 @ 7:23 pm ] #5 in Fanfiction [ 3 September 2016 @...