Kau kata mahu cari tenang,
Kau lepak kelab malam, masa masih panjang,
Kau bershopping seolah kaulah pengeluar wang,
Kau duduk tepi pantai dari pagi sampai petang,
Kau kata mahu cari tenang.
Kau kata mahu cari tenang,
Kau sumbat telinga dengan muzik terbaik dari ladang,
Kau biar mulut berkata, menyakitkan hati orang,
Kau lena di katil hingga tak kenal siang,
Kau kata mahu cari tenang.
Kau kata mahu cari tenang,
Perintah lima waktu lintang pukang,
Cakap mama papa langsung kau tak pandang,
Nasihat kakak abang kau biar terbang,
Kau kata mahu cari tenang.
Sekarang,
Biar aku tanya,
Apa kau jumpa tenang?
Apasal kau senyap,
Apasal kau diam,
Aku mahu jawapan!
Tenang itu ada,
Dibalik puji-pujian pada Tuhan yang Menciptakan,
Dibalik mukjizat teragung buat utusan akhir zaman,
Dibalik mama papa punya senyuman.
Tenang itu ada,
Dibalik perintah lima waktu solat,
Dibalik hati suci tanpa maksiat,
Dibalik bibir yang berselawat.
Tenang itu ada,
Kalau kau dekat diri denganNya!
Ketahuilah, sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan berasa tenang..
YOU ARE READING
Life
PoetryFrom servant to servant. "Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad SAW sebagai nabi dan pesuruh yang diutuskan buatku,"