Bride

439 27 0
                                    

You as Kang Ara
S.coups as Choi Seungcheol

-------------------------------------------

[Ara's pov]
Hari bahagia..

Atau lebih tepat yang aku maksudkan adalah hari perkahwinan.Sepatutnya aku kena gembira tapi kenapa aku perlu sedih dengan apa yang dah terjadi?

Kerana kekasih hati pilihan aku yang berjanji nak sehidup semati lari dan tak datang masa hari bahagia kami?Kemana kau pergi,Byun Baekhyun?Sanggup kau biarkan aku yang kahwin dengan jiran aku sendiri?

Aku cuma mampu menangis saja masa ini.Buntu dan malas nak selesaikan perkara ni.Lagipun,siapa tak nangis bila pasangan dia lari semasa hari mereka sepatutnya disatukan.Rasa nak bunuh diri pun ada.

[Ara's pov end]

✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴

[S.coups's pov]

Aku rasa terhina bila jemput tetamu masa majlis kahwin aku tadi.Semua ahli keluarga dan kawan-kawan aku yang dijemput juga tertanya-tanya.Salah seorang daripada mereka contohnya Jeonghan.

"Bro?Bukan kau cakap kau nak kahwin dengan Yuna ke?Kenapa aku tengok kau kahwin dengan orang lain??"

Aku cuma mampu tutup mulut dan cuba untuk selesakan diri dengan apa yang baru terjadi.Aku sendiri sedih dan rasa nak marah bila tahu tunang sendiri lari ikut lelaki lain.

Tapi,keluarga aku sempat untuk buat keputusan terburu-buru adalah kahwinkan aku dengan anak jiran sebelah rumah yang turut berkahwin pada tarikh dan hari yang sama.

Kenapa takdir kami dipertemukan jadi sebegini?

Yang aku boleh buat cuma pasrah dan belajar untuk terima dia dengan baik.

Habis je majlis,aku terus menapak ke arah bilik yang dihuni oleh pengantin perempuan yang baru sahaja aku kahwini.Aku sendiri tak berapa kenal dengan dia.

Rapat dengan dia pun masa aku kecil.Rajin dia datang belajar sama-sama masa kami berdua sekolah rendah.Naik sekolah menengah,dah tak rapat.Mungkin faktor kerana kami sekolah di tempat yang berbeza.Maybe...

Pintu aku buka dengan perlahan.Terlihat wajahnya yang putih susu berubah kemerahan.Dia mungkin sedih dengan apa yang dah jadi.Aku sendiri nak nangis sebab perkara yang sama.Tapi,sempat tahan macho dan tunjuk cool depan orang ramai.Cieh!

"Aku tak sangka akan dapat jiran sendiri.Wow,such a miracle."

Suasana sepi cuba aku riuhkan.

"Apa yang kau mengarut ni??"

Dia hanya bertindak mengerutkan kedua-dua belah keningnya.Mungkin tak faham dengan maksud yang cuba aku sampaikan.

Aku terdiam sebentar sambil tanganku ralit membuka kot.Butang pada kolar baju turut aku buka.Kemudian,lengan baju disinsingkan sedikit ke paras lengan.

"Diamlah,singa laut.Yang kau ni beria sangat menangis kenapa??"

"Mana aku tahu.Memang itu saja cara aku nak lepaskan perasaan.Buatnya aku tikam diri sendiri,susah kau nanti."

Mataku hanya membulat dan tercengang apabila mendengar jawapan yang kuat menangkis soalan daripada aku.Pedas betul mulut dia ni.

[S.coups's pov end]

[©]Bride's Fate||Seventeen S.coups||Where stories live. Discover now