[S.coups's pov]
Kehidupan aku selepas dua bulan ni semakin lama,semakin baik.Ara pula dah cuba untuk layan aku dengan lembut.Dia dah tak main dah nak panggil aku-kau macam first time kita berdua kahwin dulu.
Guess what?
Dia dah start panggil aku oppa.
Kyah!
Bergetar tulang rusuk kiri aku setiap kali dengar dia panggil macam tu.Jantung ni,dup dap,dup dap.Berdegup lagi laju daripada Formula One kat Litar Sepang di Malaysia.
Hati ini,setiap kali aku pergi kerja mesti tak sabar nak balik jumpa dia.Rindu macam tak jumpa setahun.Yelah,bila dah sayang,konfem terbayang hari-hari.
[S.coups's pov end]
✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴
"Oppa??"
"Herm?"Suara serak basah kedengaran di waktu pagi.
"Tak kerja ke hari ni??"Tubuh S.coups digoncang perlahan.Ara sendiri sudah masak dengan perangai S.coups yang suka berpura-pura tidur.
"Malas."Jawab S.coups sepatah.
"Malas?Eh..Nanti papa tanya,saya nak jawab apa??"
"Cakap dengan papa yang anak dia hari ni nak bermadu asmara dengan isteri sendiri."S.coups sempat membuat lawak hambar kepada isterinya.
Ara pula seolah-olah mahu termuntah apabila mendengar bait ayat yang dilafazkan oleh S.coups.Tak mahu teman nak dengar panjang-panjang.
"Encik Choi Seungcheol.Saya malas nak layan kerenah awak pagi ni.Macam budak kecil.Dah!Pergi mandi sana."Ara segera memberi arahan kepada S.coups untuk bangun pagi.Tangan S.coups ditariknya lalu dia terus menolak S.coups masuk ke dalam bilik air.
Tiba-tiba,S.coups menarik tangan Ara lalu menyebabkan dia turut masuk ke dalam bilik air itu.Terjerit kecil Ara ketika itu.
"Argh!Apa yang awak buat ni?!"
"Temankan saya,Cik Ara."
"No way!Mandi sendiri."Ara terus melepaskan dirinya dan bergegas turun melangkah ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk suaminya.
"Sayang~Apa ni??Tinggalkan oppa sensorang."
Rintihan S.coups tidak didengari oleh Ara.S.coups terus menutup pintu bilik air itu dan mula membersihkan dirinya.
✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴
S.coups sudah siap memakai baju kerjanya.Tali leher yang belum diikat hanya tergantung di leher.Briefcase miliknya hanya diletakkan di atas meja makan.Perutnya pula tidak sabar diisi.Aroma masakan air tangan isteri selalu memikat hatinya.Untunglah dapat isteri pandai masak.
"Hari ni,sayang masak untuk oppa nasi goreng kimchi dan sup rumpai laut."
"Wah,sedapnya.Tak sabar oppa nak rasa."
"Makan banyak-banyak.Nanti rindu."
"Kenapa pula??"
"Takde ada apa lah."
"Sayang makan lah sekali."
"Takpelah.Sayang dah kenyang masa memasak tadi.Banyak ambil bau."Pinggan yang kosong segera diisi.Makanan dicedok dengan berhati-hati lalu diletakkan di atas pinggan dihadapan S.coups.
YOU ARE READING
[©]Bride's Fate||Seventeen S.coups||
Fanfiction~Credit to the owner~ "우리는 결코 전에도 만나지 못했지만, 당신의 얼굴과 표정은 항상 나의 가슴 속에 있다...." 'Even we never meet before,but your face and glares always in my heart.' "Apasal aku nak kena kahwin dengan kau pula?!" "Dah takdir..Nak buat macam mana?" "Kau boleh cakap m...