Bab 3

1.2K 41 0
                                    

"Apa?!" Tanya Diyana dan Ryan serentak.

"Maafkan Mama dan Papa sebab tak bagitahu awal awal. Tapi kami rasa masa ni yang terbaik. Anak anak Mama dah besar dah tingkatan 5 dah." Kata Puan Farisya.

Diyana yang sakit hati terus bangun dari ruang tamu ke biliknya. "Ma, Pa, Ryan pergi tengok Diyana eh?" Tanya Ryan sopan lalu mengangkat punggung selepas Puan Farisya menganggukkan kepalanya.

Di dalam bilik Diyana, dia menangis teresak esak. Ryan melangkah masuk lalu duduk di atas katil sebelah Diyana. "Jauh sikit. Kita bukan adik beradik." Kata Diyana.

"Maaf." Kata Ryan lalu menjauhkan dirinya dari Diyana. "Dian, ok?" Tanya Ryan

"I want to be alone, please. Nanti dah ok kita cakap lagi." Kata Diyana.

"Maafkan abang kerana mengganggu." Kata Ryan lalu keluar. Diyana segera baring. Dia tak nak abang dia tu tak ada hubungan sedarah sedaging dengannya. Dia berfikir sehingga terlelap.

Aku di asrama sudah tentunya sedang tidur. Sedang aku tidur, tiba-tiba Diyana kejutku. Dia menangis. "Sha, bangun! Bangun!" Kata Diyana. Aku bangun dengan malasnya. Lalu membuka mata. Aku ternampak Diyana duduk di atas katil.

Mata aku terbeliak apabila ternampak Diyana menangis teresak esak.

"Kau ok tak? Kenapa ni weh?" Tanya aku resah.

"Ryan bukan abang aku." Jawab Diyana. Tiba tiba Sofea muncul dari belakang Diyana.

"Kenapa bagitahu Sha je? Kenapa tak bagitahu saya juga?" Tanya Sofea.

"Aku ni BFF dia. Kau tu kawan sesat mana entah tiba tiba datang." Kata aku dengan kasar.

"Aku adalah BFF dia bukan kau! Kau yang sesat!" Kata Sofea dengan nada yang tinggi.

"Kau tak payah main rampas rampas boleh tak? Kau yang sesat. A whole school know your attitude. Dah lah weh. Go and find someone else!" Kata aku dengan marah.

"Sha, sudahlah. Sof juga kawan baik saya." Kata Diyana dengan lembut.

"Kan aku dah kata. Kau lah perampas!" Kata Sofea tersenyum puas. Tiba tiba aku tersedar dengan peluh yang membasahi tubuhku.  Mataku terbeliak. Perkataan tadi masih jelas ditelingaku. Semakin kuat perkataan  itu sehingga membuatku jatuh dari katil. "Gedebuk!!" Kuat juga bunyi aku jatu sehingga membuat juniorku terbangun.

"Akak ok?" Tanya Farah lalu turun dari katil untuk mendapatkan ku. Aku masih kaku dan terbaring sehingga Farah menarik badan aku lalu aku berdiri.

"Macam mana boleh jatuh, kak?" Tanya Farah.

"Mimpi." Jawab aku dengan ringkas. "Farah, kenapa panggil akak akak ni. Panggil je Sha." Kata aku lagi.

"Alah takpelah. Saya hormat akak sebagai senior saya." Kata Farah dengan senyuman yang terukir di bibir.

"Dah jom tidur. Takut bangun lambat." Kata aku ingin membuang rasa kekok. Farah mengangguk laju lalu naik ke katilnya di atas.

'Apa kena dengan aku? Tiba tiba teringat kan dua orang budak tu.' Kata aku di dalam hati.

Aku cuba tidur namun tak boleh aku merenung tepat arah jam loceng yang berada di sebelahku. Baru pukul 4:15 pagi. Masih ada lagi 15 minit untuk bersiap. Nak mandi dulu, tak berani pergi tandas yang jauh. Nasib baik hari ni cuti tapi kadang kadang ada yang bangun lewat. Aku tunggu dan tunggu. Sehingga tepat pukul 4:30 pagi. Satu dorm aku akan berbunyi jam loceng yang amat kuat. Bayang kan semua bawa jam loceng dalam tu ada 5 buah katil. "Kringgggggg!!!!" Kami senua bangun untuk bersiap. Tapi Sofea nampak tenang je tidur. Aku mandi dulu.

Selesai mandi aku melihat Sofea masih tidur. Jadi aku mahu kejutkannya aku memegang tubuhnya. Amat panas. Sepatutnya selepas mandi siap siap ke surau tapi aku berjumpa guru bertugas lalu melaporkan bahawa Sofea demam.

BFFWhere stories live. Discover now