Bab 8

982 34 0
                                    

"Farhana, boleh tak telefon Ustaz Hafiz? Minta dia cakap dengan Diyana kemaskan baju Shasha. Sebab dia belum mandi lagi ni." Pinta Cikgu Safwah. Aku boleh dengar perbualan mereka. Melihat jariku berdarah kerana ambil darah.

"Baik, cikgu." Kata Ustazah Farhana.

*****

Setelah selesai, kami ke wad kembali. "Kamu lapar tak?" Tanya Cikgu Safwah.

"Saya tak lapar tapi saya ngantuk nak tidur." Jawab ku. Ngantuk. Tiba tiba perut memulas.

"Bbb..." suara ku bagaikan mahu muntah.

"Farhana, dia nak muntah! Cepat bawa pergi tandas." Kata Cikgu Safwah. Aku tak tunggu Ustazah Farhana yang lenggang kangkung tu. Aku terus lari masuk bilik air dan lepaskan apa yang patut.

"Buekkkk......" aku tak tahu kenapa tapi muntah tu warna merah. Ustazah Farhana dan Cikgu Safwah masuk. Aku ludah ke dalam mangkuk tandas itu.

"Kenapa berdarah?" Tanya Ustazah Farhana. Aku ke singki untuk basuh mulut dan kumur. Ustazah Farhana mengepam tandas. Aku kembali ke katil lalu melelapkan mata. Aku tersedar masa tengahari. Itu pun sebab doktor kejut. Aku terdengar suara ayah dan ibuku berbual dengan  cikgu cikgu ku. Aku membuka mata.

"Doktor, apa penyakit anak saya?" Tanya ibuku iaitu Puan Qaisara.

"Demam denggi. Ia sangat bahaya kerana ia demam denggi berdarah positif. Platlet nya pun tidak stabil. Hanya 100 000. Sepatutnya 300 000." Jawab Doktor Hannah sambil memandang ibuku.

"Seperti yang kamu tahu, demam denggi berdarah membawa maut." Kata Doktor Hannah.

"Mangsa yang kena akan berasa penat. Asyik nak tidur je. Tak ada selera nak makan. Muntah muntah. Tapi lagi teruk, muntah berdarah." Kata Doktor Hannah lagi.

"Tadi tu pun dia muntah darah. Asyik nak tidur. Tak nak makan." Kata Ustazah Farhana.

"Ada cara lain untuk sembuh?" Tanya ayahku iaitu Encik Mirza.

"Demam denggi berdarah susah untuk sembuh. Ia akan sembuh dengan izin Allah. Tapi jika Allah sayangkan dia lebih, Allah akan ambil dia. Dan kebanyakan orang yang kena demam denggi berdarah tidak berjaya melepasinya. Ramai yang meninggal." Panjang lebar penerangan Doktor Hannah.

Selepas penerangan, Doktor Hannah mula menanya apa yang aku rasakan. Semasa tanya tiba tiba rasa mahu muntah datang. Aku tak boleh lari ke bilik air kerana saluran air telah dimasukkan ke dalam tangan ku semula. Aku muntah dalam plastik. Lalu aku kata nak tidur.

*******

Seminggu dah aku di situ, tetapi tak ada perubahan. Aku tengah tidur.

"Sha, bila Sha nak sembuh? Esok Sha kena pindah wad ICU tau sebab keadaan Sha sangat kritikal. Kita tengok esok macam mana. Jika teruk Sha kena pindah. Mummy sayang Sha. Sha jangan tinggalkan mummy dan daddy." Kata Puan Qaisara iaitu ibuku. Dia menangis.

BFFWhere stories live. Discover now