-Alisa 4-

95 7 1
                                    

"Makan lah puas-puas Alisa. Duit aku habis dekat aiskrim kau je." Detik hati Faiz sambil bermasam muka.

Alisa memegang dua kon aiskrim di tangan kanan dan kirinya. Wajahnya riang. Mereka berjalan menuju ke rumah masing-masing.

"Alisa, rumah kau dekat mana?" Sengaja membuka topik untuk berbual.

"Gnrumah akouu?" Tidak jelas pertanyaan kerana mulutnya dipenuhi aiskrim.

"Ya Allah.... kosongkanlah mulut kau tu sebelum bercakap... Haihhh." Tidak sampai beberapa minit berjalan dengan Alisa, Faiz sudah mula merasa rimas. Keluhan Faiz itu juga jelas mengharapkan Alisa beredar cepat dari pandangan matanya.

GLUURPP!!

Alisa mengosongkan mulutnya. "Rumah aku?? Rumah aku jauh."

"Jauh? Dekat mana rumah kau?"

"Hmmm...susah juga lah aku nak cakap. Dia memang jauh"

"Cakap je lah... nak bagitahu rumah dekat mana pun susah sangat ke?"

"Susah lah, sebab jauh.. dia macam Akim."

"Akim??"

"Iye lah... Akim..." pantas Alisa menyayikan serangkap lagu " Jauh, Terrrbawa lukisan hatimu."

"Ha.... Ha... Ha... lawak gila lah kau. Kau lah orang paling lawak pernah aku jumpa dekat dunia ni. Aku harap orang macam kau ni tak akan mati." Pemerlian Faiz itu diikuti dengan wajahnya yang bosan. Lantas Faiz sudah tidak mahu lagi berbual dengan Alisa.

"Sikit-sikit marah. Apa lah kau ni"

"......"

Faiz tidak lagi mahu melayan Alisa. Alisa merasa sangat bersalah dan mencadi Idea untuk membuka topik berbual. Alisa menjeling ke kiri dan kanan sambil berfikir. Tidak semena-mena, Alisa terlihat sebuah buku tulis yang dibimbit oleh Faiz.

"Eh! Faiz... Buku apa yang kau pegang tu?"

"....."

"Faiz?"

"....."

"Faiz... Cakaplah dengan aku."

"....."

"Ala bucuk bucuk. Merajuk pulak dia. Janganlah merajuk. Nanti mama beli gula-gula"

"DIAM LAH! Ni kerja sekolah aku! Kenapa kau nak sibuk!" Mukanya merah menandakan bengang. Harapanya mahu Alisa beredar dengan cepat semakin tinggi.

"Macam perempuan lah kau. Kuat merajuk. Nak tengok kerja sekolah kau boleh?"

Tidak mahu berkata apa. Faiz menghulurkan buku kerja sekolahnya kepada Alisa. Alisa membelek buku kerja sekolah itu dan memerhati setiap soalan yang tidak di jawab oleh Faiz.

"Kenapa tak jawab lagi soalan-soalan ni?"

"Suka hati aku lah nak jawab ke tak nak."

"Lah... boleh ye macam tu?"

"Mestilah aku tak tahu jawapan! Sebab itu lah aku tak jawab! Ya Tuhan!!! jangan lah bagi aku stress tengah hari macam ni!"

"Tak tahu??? Senang je soalan ni."

"Iya lah tu. Kalau senang kau jawab lah." Faiz mula rasa tercabar dengan wanita bebal seperti Alisa.

"Mana boleh.. ni buku kerja kau. Kalau aku yang jawab, ni jadi kerja aku lah."

"Alasan... kalau tak tahu, cakap lah tak tahu. Dah lah tak tahu. Berlagak pula tu."

"Hoi! Cakap tu bagi bagus sikit! Senang je la semua soalan ni. Keluarkan pen kau." Alisa pula merasa tercabar dengan ejekan Faiz.

Alisa Where stories live. Discover now