Kau turunkan badai taufan,
Dalam ribuan ujian,
Ribut perjalanan.Dan rindu itu aku kenal,
Bilamana engkau kekal,
Dalam dan luar logik akal.Jangan kau lobi Tuhan,
Sujud bila perlu,
Perlu bila mahu,
Tunduk untuk kebendaan.Tuhan itu untuk dipuja,
Untuk dirindu untuk dicinta,
Bila mana kau lihat alam,
Kau tersenyum diam.Apabila kegagalan itu bukan pilihan,
Pejamkan mata, lenakan jiwa,
Kerana hampir kita itu Tuhan.