BHG 1

218 18 0
                                    




                  

"Guwa...Guwa...chh...chh...chh!"

"Guwa...Guwa...meow...meow!"

"Mari sini meow! Aku nak bagi kau makan ni. Makanan kegemaran kau"

Datanglah seekor kucing yang berwarna kelabu bercampur warna perang. Badannya yang gagah itu dibaluti belang hitam berpusar ke tengah di bahagian badan sebelah kanan , dan sebelah kiri pula 'spotted' , entah baka apa tak diketahui.  Nak kata kucing hutan , postur badannya masih berbentuk kucing rumah. Tidak tinggi dan tidak jangkang. Tak mustahil juga baka mahal. Mungkin sudah terlalu banyak kacukan tapi yang pasti bentuk kepalanya persis harimau bintang yang berpipi chubby.

"Ehh Jaguar ni , malu malu pula. Macam tak biasa" kata Azu.

Entah bagaimana Azu boleh namakan Jaguar dengan nama Jaguar. Mungkin kerana gayanya yang tertunduk tunduk memerhati, seperti haiwan pemangsa yang hendak memburu mangsanya.Mungkin Jaguar ada iras iras harimau bintang? Tapi kalau macam tu nama Cheetah lebih sesuai berbanding Jaguar. Entahlah apa yang difikirkan Azu. Sebenarnya Jaguar bukanlah kucing milik Azu . Begitu juga Pingu , Hitler dan Chaplin yang dinamakan sempena warnanya hitam putih dan memiliki misai kontot. Banyak lagi yang sudah Azu beri nama. Mereka datang dan pergi, kemudian hari datang lagi. Kadang kadang ada yang pergi tak kembali. Hilangnya menjadi misteri. Semuanya kucing jiran atau kucing terbiar yang suka datang ke rumah Azu. Bagi Azu dia berhak memberi kucing kucing tersebut dengan nama nama yang dia suka , meski nama yang sangat berbunyi manusia seperti Norman , Helmi , Syamsul , Kilafeiry , Yusri Edry sekalipun kerana katanya dia yang banyak memberi makan berbanding tuan empunya kucing sendiri. Terutamanya Jaguar. Jaguar datang untuk breakfast , lunch dan dinner. Sedangkan kucing kucing lain hanya akan datang  ketika tea time dan dinner. Jarang sekali datang berkali-kali dalam sehari seperti kekerapan kehadiran Jaguar.

"Sinilah Guwa , menyampah pula aku tengok kau ni nak jual mahal bagai"

Jaguar masih terhendap hendap di sebalik baluster yang menjadi benteng antara Azu dan Jaguar.

"Nah! Kali ni special sikit. Ada rezeki lebih. Cuba teka apa?"

Azu cuba berbual dengan Jaguar. Jaguar menjeling mangkuk stainless steel tersebut, pandangannya terhad kerana jarak baluster antara baluster yang agak rapat rapat tetapi Azu dapat melihat Jaguar yang sepertinya sedang bersiap siaga hendak menerkam mangsanya.

"Whiskas bajet? Bukan , bukan. Okay aku bagi clue , makanan kali ni bukan dry food"

Azu menganggap dirinya mampu berkomunikasi dengan kucing mahupun apa apa jenis haiwan. Azu merasakan dirinya punya keistimewaan seperti watak dalam siri Beastmaster. Azu tidak syok sendiri. Kadang-kadang Jaguar memberi respon seolah-olah dia faham ataupun Jaguar buat-buat  malas melayan Azu. Hanya antara dua itu, no in between.

"Okay aku bagi pilihan jawapan , kalau kau rasa makanan kali ni nasi gaul ikan rebus , kau duduk separuh. Tapi kalau kau rasa ini makanan tin kau duduk penuh. Kalau bukan kedua duanya , aku nak tengok kau goyangkan ekor kau yang cantik tu.

Walaupun Jaguar menyampah , dilayan juga Azu. Tapi Jaguar menjarakkan diri dan Azu sudah faham , Jaguar seekor kucing yang introvert. Jaguar menggoyang-goyangkan ekornya menunjukkan dia memilih pilihan ketiga, bukan makanan tin atau ikan rebus gaul dengan nasi.Azu menepuk tangan keriangan.

"Ya ampun , bijaknya engkau ni Jaguar! Betul ! Kali ni aku payung kau ikan rebus blend dengan labu ! Suka tak? Ada pes agar agar , biar tahan lama duduk dalam peti nanti."

Jaguar tidaklah bijak mana, cumanya Azu yang bodoh atau buat buat bodoh atau memang bodoh , kan kucing punya deria yang tajam? Jaguar menghampiri mangkuk yang disorongkan oleh Azu untuk memudahkan Jaguar makan. Azu tahu Jaguar tak akan menghampirinya , bahkan lebih selesa menjarakkan diri tiga meter dari Azu. Jaguar tidak pernah menggeselkan badannya di kaki Azu walau sebagai tanda terima kasih , apa lagi untuk memberi Azu peluang mengusap atau menyentuhnya.

"Huish! Gelojoh betul engkau ni. Betul lah engkorang ni omnivor?"

"Suka tak?"

Jaguar menggoyang-goyangkan ekornya.

"Kalau suka , baguslah. Tapi berita yang tak best , ni lah makanan korang untuk seminggu ni. Hah makanlah korang sampai naik jelak."

Jaguar berhenti makan ,dia duduk melemparkan wajah whatever tepat ke muka Azu.

"Ehh kau ni , cubalah bawa bawa bersyukur".

Azu menemani Jaguar makan sehingga licin. Kadang-kadang sesudah kenyang Jaguar mandi dulu di perkarangan rumah Azu. Jilat paw, jikat anu nya, jilat sana sini sampai terbatuk batuk keluar lidahnya yang berwarna merah jambu. Tapi kali ini lepas makan Jaguar terus berambus. Sesudah di kejauhan , sambil cat walk  Jaguar menoleh ke belakang memandang tepat ke dalam mata Azu, entah apa sebabnya sebagai tanda dia akan datang semula agaknya, Seperti selalu, babak itulah yang ditunggu-tunggu oleh Azu , menyerupai scene dalam movie 'Life Of Pi' di mana Pi menunggu Richard Parker menoleh padanya.

" Wow! Engkau memang cool lah Jaguar. "

Jaguar memang comel , gagah perkasa. Kalau disamakan dengan manusia dia seorang lelaki dewasa  yang sado. Usianya sekitar lewat 20 an atau di awal 30 an.  Azu menggambarkan jika Jaguar seorang manusia dia mungkin seperti Bront Palarae. Mungkin juga seperti Zul Ariffin , Sam Saheizy. Ahh! Nampaknya Azu mengharapkan Jaguar seorang manusia. Crazy cat lady sangat!

"Ehh , bila masa kau pakai rantai leher?"

Bayang-bayang Jaguar hilang. Azu pasti , kertas kecil yang berlipat itu memang jatuh dari rantai leher Jaguar. Azu mengutipnya , seperti sangkaan Azu ada nota kecil yang tertulis.

"TERIMA KASIH SELALU TENGOK TENGOKKAN KUCING SAYA "

"Tak sangka Jaguar tu bertuan rupanya. Hmm. Siapa agaknya? Stalker ke apa? Tahulah aku hot! Tapi seramlah macam ni. Seram seram pun , sweet menyawit juga.Hihihi eh gediknya aku" Azu bercakap-cakap sendirian. Nampaknya Azu lagi menyeramkan.

Azu membersihkan bekas sisa makanan kucing kucing tersebut. Dia tak mahu naik semut nanti.

JAGUAR , KUCING ORANG SEBELAHWhere stories live. Discover now