Dia;

182 1 0
                                    

Dia percaya bahawa dunia ini
Fantasi semata;
Akan ada kuda putih bersama putera kacak menunggang segak;

Dia percaya bahawa dunia ini
Cuma ada manusia yang baik semata;
Akan ada yang menolong tika dia susah;
Akan ada yang menolong tika dia bersedih;

Namun,
Janggal buatnya;
Dunia ini cuma fantasi semata.
Pahit untuknya telan;
Pedih untuknya melihat;

Sisi dunia yang cuma plastik semata;
Dunia yang penuh noda manusia;
Dunia yang kelam terpalit dosa;

Terkelu;
Terkejut;
Tersentak;

Tapi dia memilih untuk terus percaya;
Bahawa masih ada peluang kedua;

Bodoh;
Kata orang padanya,

Dia;
Perempuan bodoh masih percaya;
Dunia ini fantasi semata.

Puisi Koyak; Where stories live. Discover now