Bab 42

92.1K 2.9K 193
                                    

"Aku akan lepaskan kau Iman"

Tersentak Iman dibuatnya. Daniel nak lepaskan dia? Serious? "Ta..Tapi kenapa? Saya ada buat salah ke?" soal Iman dalam kebingungan. Apa yang dia buat? Dia tak pernah nak cuba lari dari Daniel. Tapi, dia cuba jadi isteri yang terbaik. Kenapa eh? Sebab pertama, sebab ini suruhan Allah. Sebab kedua, dia tahu yang Daniel boleh berubah. Dan Iman nak jadi orang yang boleh ubah sikap Daniel.

"Kenapa? Bukan ini ke yang kau nak Iman? Dahlah, pergilah kau mana kau nak pergi. Aku takkan halang kau lagi," Iman menundukkan wajahnya. Dia menggeleng. Tak. Ini bukan yang dia mahukan. Dia nak dia dan Daniel menjadi sebuah keluarga yang bahagia. Kalau nak cipta keluarga tu, dia kena ubah Daniel. Kalau dia nak ubah Daniel, dia kena ada dengan Daniel sentiasa secara halal.

"Tak. Saya takkan pergi mana-mana. Sebab tempat seorang isteri di sisi suami. Tempat saya di sisi awak. Saya takkan berganjak dari sini. Tak," kali pertama Daniel dengar suara Iman yang tegas. Selama ini hanyalah suara yang selalu beralah. Daniel memandang Iman.

"Kalau macam tu aku ceraika--" kata-kata Daniel berhenti tatkala Iman mengucup bibir Daniel. Opss, maaf. Tindakan drastik. Mata Daniel membulat. Dia mana pernah terima mana-mana ciuman daripada Iman sebelum ni. Iman merangkulkan tangannya di leher Daniel. Memandangkan Iman ni pendek, dia terpaksalah berjengket. Lagi-lagi dia pernah mengandung kan. Bertambah pendeklah jawabnya.

Daniel tidak melakukan apa-apa reaksi. Dia masih dalam keadaan mentafsir maklumat. Mungkin saraf impulsnya tidak berfungi dengan baik kot masa ni. Mungkin?

Iman memeluk tubuh sasa Daniel dengan erat. Dia menyembamkan mukanya di dada Daniel. Daniel rasa sesuatu. Apa ni? Apa benda ni? "Saya sayang awak. Saya cintakan awak sangat-sangat," Ya Allah, malunya. Iman rasa nak nyorok je muka dia sekarang ni. Ah, tahan Iman. Ini semua sebab kau nak ubah sikap Daniel. Kau tahu yang kau mampu lakukannya!

Krik krik. Tiada balasan daripada Daniel. Takkan tidur kot? Tidak lama selepas itu, Daniel perlahan-lahan merungkaikan pelukan. Dia memegang kedua-dua lengan Iman lalu memandang mata Iman. Kalau ikutkan hati, memang Iman rasa nak larikan diri je. Masuk dalam gaung ke. Apa-apa jelah. Asalkan tak nampak muka Daniel. Hiks. Malu.

Daniel terus meninggalkan Iman yang terkebil-kebil. Tak tahu kenapa dengan Daniel. Tapi yang pasti, Iman berjaya mempertahankan rumahtangga dia. Dia yakin yang dia mampu ubah Daniel. Yes!

Daniel segera ke dapur mencari air kosong. Apa jadi dengan dia? Pipi dia pun dah membahang. Degupan jantung dia jangan cakaplah. Dup dap dup dap je dari tadi. Daniel meraup mukanya. Di sebalik tangannya, bibirnya sedang menguntum sebuah senyuman. Senyuman yang manis.

"Okey, stay dengan plan kita tadi. Aku tak nak sesiapa pun melanggar atau merosakkan rancangan ni. Kalau tak, siap eh. Lagi satu, aku perlukan lima orang untuk lindungi isteri aku dan tiga orang untuk lindungi aku dan Kamal. Kalau ada apa-apa, gunakan je pistol tu. Faham?"

"Faham bos," semua anak buah Rayyan menganggukkan kepala. Kena anggukkan kepala. Kalau gelengkan kepala memang kena pancung. Muahahaha. Jangan main-main.

"Mal, kau rasa plan kita ni berjaya ke?"

"Haruslah. Tengoklah siapa yang buat plan ni en," tak tahu kenapa tapi hidung Kamal semakin meninggi. Memang dia ni jenis hidung tinggi agaknya. Uwekk. Rasa nak muntah je.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now