*Ini bukan mimpi, ini cerita tengah malam tadi..
Usai menonton drama di facebook, aku cuba melelapkan mata yang sudah kuyu. Tak lama kemudian keadaan terasa pelik, bunyi ayam seakan mau berkokok tapi disenyapkan oleh sesuatu. Seolah-olah alarm yang ditutup bunyi nyaringnya tapi masih kedengaran, perlahan-lahan. Bunyi semacam ada orang diruang tamu bawah rumahku. Hati aku mula rasa berdebar jika ada apa-apa pencerobohan atau rompakan. Aku tidak berdaya untuk bangun kecuali untuk curi-curi tengok sahaja. Sementelah gril pagar rumah aku berbunyi, seakan ada sesuatu yang mengusiknya. Bunyi seakan-akan kertas dokumen diselerakkan dengan tergesa-gesa. Aku cuma mampu curi-curi tengok saja, khuatir jika benar-benar perompak dengan senjatanya. Aku cuma berdoa kepada Allah dalam-dalam jika benar ini kejadian buruk, mohon keluarga aku elok-elok saja. Aku tertidur sambil mendengar bunyi tengah malam itu. Sejam kemudian aku terjaga kembali, keadaan sudah reda, sudah tenang, tidak seperti tadi yang banyak tegang. Itupun masih lagi belum membuatkan aku melelapkan mata sampai seruan subuh datang. Oh lupa, juga ada bunyi kucing diatas alam yang kedengaran agak menyeramkan (menjengkelkan bagi aku).