Dihalaman rumah nenek, sepupu aku bertanyakan akan hal dimana dan macam mana dirinya ditanam semasa mati, dan didepan kami berdua pula ada sekujur badan,berbaring dilantai tar. Dan aku pun terus mengutip batu-batuan di jalanan dan menutupi jasad sepupu yang telah meninggal itu. Iya, sepupu aku itu menanyakan akan hal dirinya yang mati itu. Juga berbicara perihal mengawal mimpi, dia boleh mengawal mimpi katanya, tengok dia, bebas dan tidak terikat walaupun dalam mimpi, sedang realitinya kami masih didalam mimpi, mengikut segala cerita tanpa tahu apa yg akan berlaku.