~ Pengantin lelaki yang segak berbaju melayu putih pun menyarungkan cincin ke jari manis pengantin perempuan...
"Wak,awak bangun wak..solat subuh,"dengan nada lembut Amri cuba membangunkan Kiera.Enak-enak je tidur lena kat katil aku yea minah ni.Tidur melintang pulak tu.Amri mengomel sendirian.
"Haaa??Ermm..yea,"rengekkan manja Kiera lantas menamatkan mimpi indahnya.Dia bingkas bangun mengambil wuduk dan terus membontoti Amri mengimankannya solat subuh.Mata kot yea pun rakaat kedua nak ngantuk bagai.Alahai.Omel Kiera sendiri.Seperti biasa,usai sahaja solat jemari jejaka itu akan disalami dan disudahi dengan kucupan seakan esok dah takde peluang dah nak salam salam.Amri juga memperlakukan perbuatan yang sama siap dengan kucupan di dahi lagi.Arghh!!Charmingnya En.Suami ku ini.Hati Kiera meronta riang.Sejadah dilipat kemas dan ditempatkan di tepi dinding kaca yang membolehkannya melihat pemandangan bandaraya Kuching dari hotel penginapan mereka.
Sejak semalam mereka telah menginap di hotel berkenaan.Hotel pilihan No.1 katakan.Ini semua gara-gara peperiksaan akhir semester yang akan berlangsung tidak lama lagi dan bekalan elektrik yang terputus hanya akan pulih tiga hari lagi.Tanpa pemberitahuan awal pulak tu.Nasib baik abah bagi perkenan dok hotel.
Kiera merebahkan kembali tubuhnya di atas tilam empuk sementara Amri terus tekun mengulangkaji,memencilkan diri di sudut meja yang terdapat dalam bilik mereka.
'Arghh..bosan sungguhlah macam ni.Dari semalam asyik macam ni je.Nak main tab,lappy mamat ni kang ternampak plak foto-foto menyakitkan hati tu!Huh! Bosan tahap gaban ni!!!,'jeritan batin dan monolog yang hanya mampu Kiera sendiri mendengarnya.Sakit pulak lah hati bila tengok tab 10.1 dan lappy Amri yang bersepah di atas lantai.Seboleh-bolehnya dia tak mahu menganggu suaminya yang tercinta itu menelaah.Kang tak dapat 4.00 plak si laki aku ni.Masalah jugak tuh.Fikirannya menerawang lagi.
Dalam kesibukan menelaah di saat-saat akhir sambil membuat sedikit catatan,hati Amri sedikit terusik.Malam semalam sebelum tidur Kiera sempat merangkulnya dari belakang sambil melemparkan senyuman manja.
"Caner study?ok?,"kemudian jari jemarinya yang kecil itu mengurut bahunya.Hah! Hilang semua lenguh.Leganya.Tapi bukan itu tuntutan hatinya.Dia sangat mengharapkan kata-kata semangat dari Fazillah.Ya kekasih hatinya yang amat di sayangi bukan Kiera peneman setia.Kiera..Ah,Kiera kenapalah kau bukan Fazillah?Kenapa kau terlalu lalu baik terhadap ku sehingga ke tahap ini?Amri menyalahkan dirinya sendiri.Lantas dia menoleh kepada Kiera yang terkulat-kulat di atas tilam.Tepat jangkaannya.Kiera turut berpaling ke arahnya.Lantas senyuman di hadiahkan.
Kiera bahagia sekali.Namun ingatannya tentang mimpi tadi masih utuh.Apa maknanya semua ini?Adakah aku akan kehilangan Amri selamanya?Amri,saya tak sanggup kehilangan awak.Jangan tinggalkan saya.Rintihnya sendirian.Airmatanya gugur jua tanpa disedari lantas disembunyiknya disebalik selimut busyuknya.Kiera hanyut dalam dunianya sendiri dan mimpi yang baru mengingatkannya pada hari di ijab kabulkan dengan Amri yang menghampiri penghujungnya.Am,Kiera akan tetap mencintai Am sebagaimana yang telah Kiera janjikan empat tahun lalu.Fikiran Kiera terus memutarkan kembali segala memori seolah-olah melakonkan watak Bella dalam episod terakhir Twilight Saga Breaking Down;Part 2.