Bercuti seminggu di Sibu memang sesuatu yang amat mengujakan bagi Kiera.Kiera yang mempunyai darah kacukan Cina itu amat mengemari masakan dan makanan Melayu.Setiap pagi sebaik sahaja bangun tidur,beberapa kepingan kecil kek coklat basah yang mempunyai pelbagai nama jolokan di Sarawak disuapkan ke mulutnya.Lantaran itu ibu Ina menamakan kek itu sempena namanya.Kek Kiera instead of kek belacan.kek holiday in dan sebagainya.Dan seminggu itu jugaklah Kiera tak berkesempatan untuk menjenguk laman facebook kesayangannya.Keseronokan menjalankan kehidupan seharian membantu Ina di rumah membuatkan dia lupa akan tanggungjawabnya kepada Farm Ville nya lantas turut membuang jauh ingatannya terhadap Sir Razam seketika.
Minggu kuliah yang sungguh memenatkan buar Amri.Amri mengambil keputusan untuk menyertai persatuan Palapes di universitinya.Air Force.Bolehla terbangkan jet perang lepas ni.Selorohnya.Selain daripda itu,golongan yang menyertai Palapes ini diberi keistimewaan iaitu tempat ketiapan sepanjang pengajian tanpa perlu risau terpaksa menjadi penetap luar kampus apabila telah mendapat gelaran senoir nanti.Puas hati dengan pilihannya setelah berbicang dengan keluarga,Amri meneruskan rutin hariannya seperti biasa disamping mencari teman rakan dan taulan yang baru.
"Terima kasih Ina,makcik..tumpangkan saya seminggu kat rumah.Mohon halal kan yea?Kek kek yang saya dah makan tue?"ujar Kiera sejurus sampai di terminal bas Sibu.
"Ha'ah..iyeala Kiera..Seronok betul makcik tengok kamu makan kek tu.Jangan lupe cube buat sendiri kat rumah nanti tau.Kalau tak faham resepi yang makcik bagi jangan segan-segan hubungi makcik.Nanti makcik ajarkan."mak cik Sabariah mengingatkan.Telatah Kiera ternyata mencuit hatinya.
"Betul tu gendot! Kalo jadi ko jangan lupe kasi aku rase tau! jumpa lagi beberapa hari nanti.Jaga diri.Sampai bagi tahu."Ina pula mengambil tempat untuk menyalami Kiera lantas mencium pipi dan memeluk rakan yang telah dianggap seperti kakaknya sendiri itu.
"Ok..byeeeeee..."lambaian selamat tinggal meninggalkan Kiera di tempat menunggu.
'Aduh!nak buang air kecillah pulak ni.Barang-barang ni banyak.Macamane nih?'
'Ah,nasib baik ade kaunter tempat meletakkan barang-barang,"Kiera lega.Secepat mungkin dia memasuki tandas awam yang terdapat di situ mencari tandas mencangkung.Kat tempat awam macma ni memang kalau tak terpaksa di atidak akan memilih tandas jenis duduk.Geli.
Selesai melepaskan hajatnya tangannya pantas menarik tali simbahan.Plop!
'Ya,Allah handphone aku!!!' jeritan dalam hati yang hanya dia mampu mendengarinya sedangkan matanya hanya melihat telefon bimbitnya yang terkeluar daripada poket seluarnya terjun kedalam mangkuk tandas.Flush terus pulak tue..Ahhhhhh..Patut rasa tak sedap hati daripada tadi.
Sepanjang perjalanan pulang ke Kuching fikirannya menerawang.Dia yang duduk di tepi tingkap bas hanya memerhatikan pemandangan yang tersedia ada.Dia bermonolog lagi.
'Inikah petunjukknya daripada Ilahi.
Macam-macam yang tersimpan kat memory handphone aku tu..
Gambar dengan dak-dak ni,video-video kiterang,rakaman perbualan telefon dengan Sir Razam.
Ahh..tak sempat lagi nak save kat pendrive.
Kalo yea pun En.Tandas nak telan handphone aku tu,muntahkan balek memory card die weyh!!'
Pelbagai kemungkinan tidak waras mulai bermain difikirannya.Namun akhirnya dia sendiri dirundung kesedihan.Telefon bimbit itu dia beli sepasang dengan sahabat baiknya Acu.Ya..Kiera,Nika,Rania dan Noni masing masing mengelarkan diri mereka sebagai Angah,Alang,Ateh dan Acu.
Itu yang lebih menyayat hatinya.Sayu hatinya tidak tertahan lagi.Bercucuran airmata membasahi pipinya.Acu...sori handphone kite dah kene telan En.Tandas yang jahat.Kite dah tak sedondong dah handphone same..
************************************************************************************************************
Beberapa hari telah berlalu.Kiera masih belum dapat menerima hakikat bahawa dia telah kehilangan telefon bimbit kesayangannya.Beberapa hari setelah kelas bermula dia menghabiskan masa dengan tidur.Cuba melupakan bayangan telefon bimbit yang sering menemani tidurnya.Namun segalanya telah terjadi.Dia kehilangan telefon bimbitnya.terkubur bersama segala kenangan manis yang tersimpan rapi.
Seminggu dah takde handphone ni.patut ke aku check simcard yaang aku baru buat ni.Kot kot ade orang call ke mesej ke kan??Tapi sape nak contact aku?Nak kate dak-dak nie dierang dok serumah..hurmm..takpela..check jela.
"Mak pinjam handphone..nak check notification..hee,"meminta keizinan bagai kerang busuk.
Belum sempat ibunya mengiakan Kiera dah sampai ke biliknya,mengunci pintu dan memulakan operasinya..
Handphone turning On..Hmmm takde sape pun..ha'ah!! buat penat je lari laju-laju tadi..Kiera merebahkan dirinya dalam perut tilam ungunya.
5 minit berlalu.
Tit tit,..tit tit..
apekah bunyi pelik mesej?mesej ke tu??
eh aku terima pesanan ringkas..patut pun bunyi pesanan ringkas hodoh benar.tak set lagi nak bunyi macamane..matanya teracap pada nombor tidak dikenali.
"Hye awak..buat ape tue??Jom chat dengan sy.. :)"
Cis! Sia Sia je.Budak hingusan ni ruper nyer..apesal hari ni jugak nak mesej dengan aku.bukan aku dah cakap aku tak nak mesej ke?
Pesanan ringkas itu dibiarkan sepi tanpa jawapan.