Kalau kita yg seorang perempuan..

40 2 0
                                    

Kalau kita yg seorang perempuan sekarang malas mahu menimba ilmu, maka dengan apa lagi mahu dididik anak-anak yg sedang membesar. 😏

Kalau kita yg seorang perempuan lemah dalam mujahadah diri untuk buat amal maka contoh kebaikan apa lagi yg mahu ditunjukkan kepada anak-anak. 😏

Kalau kita yg seorang perempuan hanya tahu untuk duduk bersenang-lenang & lemah jiwanya maka siapa lagi yg mahu berada di belakang menguatkan perjalanan dakwah seorang suami.💃

Kalau kita yg seorang perempuan lemah dalam menjaga kehormatan diri maka kecintaan & kesetiaan apa yg akan tinggal buat seorang suami yg teguh menanti kelak. 💔

Kalau kita yg seorang perempuan lemah dalam mengendalikan emosi maka siapa lagi yg akan membantu suami untuk mengemudi bahtera keluarga yg bahagia. 😢

Saat tiada terikat dengan tanggungjawab rumah tangga inilah waktunya untuk menimba ilmu dengan sebenarnya.

Setidaknya mahu untuk belajar hukum-hukum fiqh. Setidaknya belajar bagaimana mahu untuk melayan dan mengerti rentak isi hati & jiwa si kecil. Setidaknya belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat yg pelbagai. Setidaknya mahu belajar bagaimana untuk memperbaiki solat & memperbaiki kefahaman dalam Al-Quran. Setidaknya belajar tentang ilmu rumah tangga. 📖

Ini bukan untuk mendesak diri menjadi seorang perempuan yang sempurna tanpa cela tiap segi & hebat sehingga boleh untuk terbang merentasi langit ke-7 mengalahkan Wonder Woman. Bukan. Setakat pandai melilit lilit tudung ke shawl tak bermakna dia pandai juga dalam hal rumahtangga. Berpurdah dengan berselfie sana sini. Tak bermakna dia matang. Ini mahu memberi sejentik kesedaran bagaimana seorang perempuan harus berperanan terutama dalam dunia moden zaman kini.

Kahwin bukan kayu magik. Lepas akad nikah terus jadi soleh wa solehah, rajin, bertanggungjawab - bukan begitu. Kena usaha bentuk diri semenjak bujang.

Bila? Sekarang ini. Wake up Muslimah ! 💪
#haurakayangan 🌸✨
#workshopAKU
#ComebackQAHK

twitter @haurakayangan
wattpad : haurakayangan
telegram : haurakayangan

Haura KayanganHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin