Kita tak boleh padam apa yang telah terjadi. Tapi kita sentiasa ada peluang untuk memulakan sesuatu demi masa depan.
Yang berlaku biarkan berlalu.
Apa yang kita pilih untuk jadi saat ini, itulah yang akan menentukan keseluruhan cerita kita.Allah selalu ada untuk kita percaya pada apa jua akhirnya takdir. Hidup ni satu proses.
Ya.Mungkin awak terluka pada awalnya. Tapi pada akhirnya inshaallah ia akan berbaloi.Cinta macam proses membesar. Nak belajar berdiri, berjalan, berlari, berapa kali kita jatuh?
Dan akhirnya kita boleh juga buat kan? Berapa kali pun kita jumpa orang yang kita cinta, kalau bukan jodoh, mesti sakit.Tapi percayalah, akhirnya kita akan jumpa, akan end up dengan orang yang betul, yang akan bersama dengan kita sampai akhir hayat.
Impian yang kita simpan, biar padaNya, hanya padaNya.
Cari jawapan dalam setiap solat dan doa.Sebab tak semua benda sesuai dikongsikan dengan manusia, walau dengan orang yang kita paling sayang pun.
Doa adalah cara untuk meminta Allah memelihara dan membahagiakan kita, kerana cinta tak lahir dari janji tapi mekar dan berbisik kepada Ilahi.
Sebab cinta mungkin lenyap dalam runtuhan mimpi, tapi ia takkan hilang dari simpanan doa.Kalau doa awak tak pergi kepada orang yang awak nak, mungkin ia untuk orang lain.
Yakinlah demi Allah, takdir tersurat dalam acuan yang berbeza. dia ada jalan lain awak ada jalan lain. pada akhirnya akan tiba juga bahagia.
Walau pun jalan awak dan dia berbeza. Inshaallah semuanya kerana Allah.Datang dan pergi kerana Allah. Bertahan dan melepaskan kerana Allah. Kuat dan tersenyumlah juga kerana Allah.
#haurakayangan 🍁🌸
#workshopAKU
#ComebackQAHKtwitter @haurakayangan
wattpad : haurakayangan
telegram : haurakayangan