Kau sebenarnya kejam!
Terlampau kejam!
Kau buat mereka sebegitu rupa!
Mana pergi rasa kasihan kau?!
Mana pergi hati perut kau?!
Mereka juga manusia seperti kau.
Kenapa kau mendera mereka?
Kenapa kau memaksa mereka meminta sedekah?
Jika tiada hasil,
Kau maki hamun mereka,
Kau pukul mereka,
Kau dah dera mereka.
Kau dah berlaku kejam!
Cukuplah.
Mereka masih kecil,
Perlu kasih sayang bukannya dibuang,
Aku yang tengok juga turut bersimpati,
Tetapi kau?
Bayangkan,
Jika yang duduk bersila tepi jalan , di kaki lima , di tepi koridor,
Itu ahli keluarga kau.
Apa kau rasa?
Ingat,
Allah Maha Adil.
Dia melihat semuanya,
Kau tunggu sahaja."Cukuplah kau berlaku kejam."
YOU ARE READING
Phew Yi Si
PoetryLuahan dari lubuk hati yang dalam, Sekadar tulisan sahaja, Tidak ada kena mengena dengan mana mana pihak. Ayat yang secara tiba-tiba toink toink keluar.