Aku cukup tidak kuat,
Pabila menyebut nama orang yang aku sayang,
Yang sudah tiada di dunia ini,
Kata hati,
Nanti pergi ziarah,
Tolong tahan airmata,
Jangan sesekali tumpah,
Tapi--
Apakan daya,
Empangan air di dalam mata ini,
Keluar tanpa disedari dan dipaksa,
Ya, aku rindu;
Aku rindu semua kenangan dengan mereka,
Rindu untuk dengar mereka menyebut namaku,
Ada yang lembut cara panggilannya,
Ada juga yang kasar,
Tapi aku tau,
Mereka semua sayangkan aku sepertimana aku sayangkan mereka,
Malah, mungkin lebih dari aku,
Hari demi hari,
Aku cuba lawan rasa lemah,
Ya, sampai sekarang aku masih mencuba,
Aku harap aku mampu untuk terus kuat hadapi semua ini.
Aminn ya rabb~"Kekal tabah wahai diri yang disayangi."
YOU ARE READING
Phew Yi Si
PoesíaLuahan dari lubuk hati yang dalam, Sekadar tulisan sahaja, Tidak ada kena mengena dengan mana mana pihak. Ayat yang secara tiba-tiba toink toink keluar.