Bab 1

66 0 1
                                    

SEDIKIT bedak powder diratakan di seluruh kulit wajahnya yang sawo matang . Sikit sajalah, sebab kalau banyak takut tak jadi cerah, sebaliknya kelabu macam keling. Puas hati dengan wajahnya pada cermin, tudung sekolah bersaiz XL itu disarungkan ke kepala. Hujung tudungnya jatuh hingga atas siku. Awning tudung dibetul-betulkan banyak kali namun masih tak berpuas hati. Tak perfect katanya.

"Aspuri, satu minit lagi sebelum kosongkan dorm!"

Suara dari mic bilik PA menyentakkannya daripada terus mengemaskan awning tudung yang sememangnya cukup okay dah. Kelam-kabut dia mengambil apa yang patut dari dalam loker dan mengunci pintunya. Beg sekolah di hujung katil disambar lalu kaki kedingnya pantas mengatur langkah keluar dari asmara. Eh silap, asrama.

Selamat juga dia melepasi pengawas yang bertugas tanpa namanya diambil. Usai solat Subuh berjemaah, dia bersarapan di dewan makan dan terus ke blok akedemik.naik mengah juga bila terpaksa mengharungi perjalanan yang cukup jauh berbekalkan dua kaki yang tak berapa nak atlet sangat itu. Nak buat macam mana, memang itu rutin hariannya. Percaya atau tidak, sekolah asrama ialah penjara yang cukup menyeksakan.

Sampai sahaja di kelas, sebuah novel bertajuk 'Fixed Marriage' dikeluarkan dari beg. Sudah hampir khatam novel itu dikerjakannya. Helaian demi helaian diselak mencari penanda buku yang ditempatkan untuk menanda di mana dia berhenti.

Bunyi ketukan yang macam nak roboh pintu kelas dibuatnya mengejutkan semua yang ada di dalam.

"Form two, kosongkan kelas!!!"

Novel 'Fixed Marriage' ditutup kembali. Sempat dia menjuling mata ke atas, meluat. Dia paling tak gemar mendengar suara terpekik terlolong macam sarjan nak suruh pergi perang. Tak mahu mengikuti sesetengah rakannya yang tunjuk bega tak nak keluar kelas, dia menuruni tangga untuk beratur bersama rakan yang lain di tapak perhimpunan bersama novel 'Fixed Marriage' masih di tangan.

Perhimpunan pagi tidak pernah tak membosankan. Baginya, perhimpunan pagi tak sepatutnya wujud pun. Menyusahkan saja. Bait-bait ucapan daripada guru dan pengetua langsung tak diendahkannya. Mata dan fikirannya tertumpu pada apa yang dibacanya. Itu lebih menarik perhatiannya berbanding bebelan daripada guru yang berdiri di atas foyer. Sesekali bibir mungilnya mengukir senyuman, terhibur dengan idea yang dipamerkan penulis.

Sampai ke sudah, dia masih dalam dunia angan-angan yang dicipta oleh penulis novel itu. Waktu hendak beratur naik ke kelas barulah dia menutup seketika novel setebal dua inci itu. Kalau dihempuk ke kepala orang memang sedap, fikirnya.

Masa yang ada sebelum guru masuk diperuntukkan olehnya untuk menghabiskan bacaan yang tinggal sekerat. Baca punyalah baca, akhirnya novel itu ditutup dengan kuat secara tiba-tiba sampai terkejut rakan di sebelahnya.

"Yes! Khatam!" katanya penuh teruja.

"Kau apahal, Wardina?" marah rakan di sebelahnya itu.

"Intan, aku dah khatam novel ni, wei!" Excited sungguh dia. Walau bagaimanapun, rakannya yang bernama Intan itu masih dengan muka selamba. Atau lebih tepatnya muka annoyed.

"Daripada kau khatam benda alah ni, baik kau pergi khatamkan Quran. Lagi bagus! Dapatlah juga pahala kan?" sinis suaranya namun Wardina langsung tidak terasa hati. Kawan baiknya itu memang macam tu. Sinis-sinis macam manapun, sayang juga dia dekat Wardina.

"Al-Quran dekat surau. Subuh tadi aku dah baca. Hehe..." Wardina tersengih macam kerang busuk.

"Pandai jelah kau menjawab kan?" Intan menggeleng. Macam mak-mak pun ada.

"Wei, sweet gila cerita ni! Serius melting bila baca. Lelaki dia dahlah handsome, baik, romantik pula tu! Lepas tu nakal-nakal sikit. Oh, bestnya! Nak suami macam tu jugak!"

Cinta Tak DidugaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang