8 tahun kemudian...
WARDINA IZYANI kini berumur dua puluh dua tahun. Dia dah berubah, dah matang sikit, tak macam dulu lagi. Malah penampilannya turut berubah. Yang tak berubah cuma perangai tak semenggah dia yang buat orang berfikir dua tiga kali sama ada dia straight atau tidak...
"Dina, nak jumpa kat mana?" soal suara di hujung talian.
"Petang ni kat Tutti Frutti. Aku belanja. Amacam?"
"Cantikk... Deal eh?"
"Taklah. Date, sayang."
"Mangkuk ah kau. Kay-lah, jumpa nanti. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Bye, girlfriend."
"Eee... Lesbo."
Wardina ketawa. "Bye, take care."
"You too." Talian diputuskan.
Usai bersolek nipis, dia mengenakan shawl labuh dan mengambil kunci kereta serta beg tangan di atas meja solek. Pantas langkahnya diatur menuruni anak tangga. Sempat dia menjenguk adiknya, Affan yang leka menonton TV di ruang tamu. Laju ciumannya hinggap di pipi kanan adik terunanya yang berusia enam belas tahun itu. Terlalu laju sampai rasa macam kena hantuk muka dengan apa.
"Atak!!!" marah Affan. Pipi kanannya diusap-usap kerana kesakitan. Wardina hanya tersengih sambil menghempas punggung ke sofa dan memeluk bahu Affan sampai rimas budak tu.
"Abang tengok cerita apa tu?" soal Wardina. 'Abang' ialah gelaran kepada Affan dalam keluarga mereka. Walaupun bukan anak sulung, Affan digelar sebegitu kerana dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu.
"Boboiboy... Best-lah. Atak, nak nenok Boboiboy The Movie tu. Tat wayang. Abang tak nenok agi..." pujuk Affan dengan pelatnya. Tak perlu pelik, umur Affan memang enam belas tahun. Tubuh badannya pun dah membesar. Cuma dia ada penyakit, namanya Down Syndrome.
"Nak tengok wayang? Sekarang?"
Affan mengangguk laju. Ditatapnya wajah kakak sulungnya itu penuh berharap. Wardina memang lemah bila muka comel Affan buat macam tu. Apa sahaja permintaannya pasti dituruti.
"Hmm... Yelah. Tapi akak nak keluar jumpa kawan ni. Abang nak ikut ke?"
"Nak! Nak!"
Wardina tersenyum melihat telatah adiknya. "Lepas tengok wayang, kita makan aiskrim, eh?"
"Eskem? Yeay! Aceh, atak!"
"Sama-sama... Sayang akak tak?"
"Ayang!"
"Kalau sayang, muah sikit..." Wardina menyuakan pipi kanannya ke muka Affan. Satu ciuman diberikan namun selepas itu, mulutnya dilap dengan tangan penuh geli sambil cakap "Yucks!" Wardina yang kegeraman menarik pipi adiknya kuat-kuat sampai menjerit budak tu.
"Jap eh, akak bagitau Kak Nana dulu. Kang dia balik tengok abang tak ada, meroyan budak tu nanti." Wardina menyeluk beg tangannya untuk mencari sebuah iPhone7 Plus. Dengan berhati-hati dia keluarkan benda tu. Maklumlah, penat lelah kumpul duit sejak U untuk beli. Satu mesej WhatsApp dihantar pada adiknya, Suhana.
DinaDots: Assalamualaikum... Wat pe tu? Balik kul bape?
NanaTheGediks: Waalaikumussalam... Ngah chat ngan awak ler... LOL! Balik kul 5. Asal?
DinaDots: Ni, akak nak bawak abang gi jalan. Balik In Syaa Allah sebelum Maghrib.
NanaTheGediks: Gi mana? Jalan tak ajak orang kan!
DinaDots: Lek lu... Abang nak sangat tengok wayang cite Boboiboy The Movie. Na bukannya layan pun.
NanaTheGediks: Hmm... Yelah. Tapi jangan balik lambat tau! Na tak cukup berani lagi duk rumah sorang-sorang memalam buta.
DinaDots: In Shaa Allah... Jaga rumah leklok nanti. Take care. Assalamualaikum.
NanaTheGediks: Waalaikumussalam... Nanti jangan lupa beli ayam tau. Kang malam ni nak makan apa...
DinaDots: Yes ma'am! Gerak lu, pape roger.
iPhone disimpan kembali ke dalam beg tangan.
"Dah, gi siap. Cepat, akak tunggu," arah Wardina. Affan segera berlari-lari anak ke biliknya untuk menyalin pakaian.
~~~

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Tak Diduga
RomanceJodoh tu tak tersangka-sangka kan? Ada yang crush dari kecil tapi kahwin dengan orang lain. Ada yang benci dengan orang tu tapi kahwin dengan orang tu. Ada yang tunang dengan orang ni kahwin dengan orang tu. Ada yang impikan nak yang handsome, lawa...