DSA; prolog

233 8 4
                                    

Perlahan-lahan pintu bilik itu dikuak. Bau hanyir darah mula menusuk ke dalam rongga hidung. Memanik peluh di dahi semakin banyak. Sesekali diseka dengan belakang tapak tangan kecilnya.

"Aira? Meh keluar sayang.."

Si kecil itu menggelengkan kepalanya. Kedua-dua tapak tangannya masih kemas melekap di mulut. Tidak mahu menghasilkan sebarang bunyi. Jika ada bunyi dihasilkan, maut sedang menanti.

"Jom lah main.. Aira nak main yang mana? Kepala Tok Ma ke kepala Mak Siti?"

Aira duduk mencangkung di antara celahan almari dan meja belajarnya. Muat cukup-cukup untuk saiz badannya yang kecil itu. Keadaan biliknya yang gelap menyukarkan pandangannya untuk melihat bayang-bayang pembunuh Tok Ma dan Mak Siti. Suara pembunuh itu sangat dikenali.

"Woi Aira! Kau keluar sekarang!" Dia mula naik berang. Kelibat kanak-kanak masih belum muncul di ruang matanya. Pisau yang masih penuh dengan darah digenggam kemas. Tubuhnya penuh dengan percikan darah akibat memenggal kepala orang tua dan orang gaji tadi.

"Aira, wanna play hide and seek huh?"

1 minit..
3minit..
7 minit..

Aira masih mencari bayangan kelibat tadi. Setelah dia merasakan dirinya selamat, dia mula merangkak keluar dari tempat persembunyiannya. Namun dia masih ragu-ragu kerana dia pasti pembunuh itu masih berkeliaran.

Diintai belakang pintu bilik. Tiada. Bawah katil. Tiada.

Tiba-tiba kedengaran enjin kereta di perkarangan rumah dihidupkan. Dia mengintai sedikit di tepi tingkap.

Krekkkk..

"Aira lupa nak check almari ye? I found you. Hide and seek end. I won, you die."

--bersambung--

VOTE. COMMENT. SHARE.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 12, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DENDAM SEORANG AIRAWhere stories live. Discover now