Kau menangis bila dapat dugaan. Kau tahu tak yang Allah bagi dugaan tu mesti ada hikmah di sebalik dugaan yang Dia bagi?
Dan kau tahu tak hikmah yang Dia akan bagi tu sebenarnya lagi buat kau gembira dan kau tak pernah jangka pun perkara tu akan berlaku?
Err hikmah tu apa?
Hikmah pada aku suatu perkara baik bila kau pilih satu jalan. Sebagai contoh, kau nak pilih aliran untuk kau belajar masa tingkatan 4.
Kau ada dua pilihan:-
1) Sains tulen
2) PerdaganganMemang betul kau boleh buat istikharah. Tapi cikgu bagi taklimat harini dan dia minta surat permohonan aliran tu diserahkan selewat-lewatnya esok. Istikharah at least 3 hari.
Jadi kau hanya mampu doa kepada Dia supaya kau tak buat silap.
Kau mula dalam dilema bila kau mula fikir kerja kau besar nanti? Kau boleh bawa tak subjek tu? Macam mana kalau fail? Semua tu berlegar legar dalan fikiran kau.
Bila kau dah decided, kau nak ambil sains tulen sebab walaupun kau tahu subjek yang kau bakal belajar tu susah, kau tetap ambil sebab bagi kau "tak best lah belajar takda cabaran".
Haa bermulalah hikmahnya. Apa kebaikan dan keburukan yang kau bakal hadapi bila sesuatu perkara kau pilih.