;01

245 13 0
                                    

Di Incheon.

" Hurm , selamat pa .. Aigoo ! Sejuknya pagi ni ! " Kata Na Yeon sambil berpeluk tubuh.

" Haa , jangan nak jadikan alasan yang dongsaeng tak nak berjogging pagi ni yaa. Tengok perut tu , berapa lapis lemak bila dongsaeng duduk ? " Bebel Tae Hwan disebelah adiknya sambil memanaskan badan dan matanya menikmati pemandangan rumput yang menghijau dihalaman rumah.

" Yaa oppa ! Na Yeon kurus okay ! Oppa suka buat dongsaeng marah pagi-pagi ! " Bebel Na Yeon sambil bercekak pinggang menghadap Tae Hwan.

" Aigoo , nenek tua dah mula membebel .. " Tae Hwan menyakat Na Yeon dan berjalan menuju ke halaman rumah sambil menghayun-hayunkan tangannya.

" Yaa ! Opp .. "

Belum sempat Na Yeon menghabiskan kata-katanya , Tae Hwan sudah melarikan diri.

" Bye Na Yeon ! Ppali ! Nanti kena kejar dengan anjing gila ! " Jerit Tae Hwan yang terus berlari keluar dari halaman rumah meninggalkan Na Yeon . Dia malas nak dengar adiknya membebel . Tapi , dia suka menyakat.

" Yaa ! Oppa ! Haish , Jinjja .. " Keluhnya dan terus berlari mengejar abangnya.

××××××××××××××××××××××××××××

Di Taman Permainan.

< Na Yeon POV >

" Hish ! Jahat betul oppa ni ! Dah laa ejek aku , lepastu tinggalkan aku sorang-sorang ! Aku dah laa takut duduk sorang-sorang kalau tempat sunyi .. " Bebelku sambil mataku memandang bawah yang kakiku sedang menguis daun-daun menggunakan hujung kasut sukan.

Tiba-tiba , ada seseorang berdiri dihadapan aku . Melihat saja siapakah gerangan orang itu , muka aku terus masam mencuka.

" Hurm , mana eh ? Eh , cik ada nampak tak sorang budak ? Umur dia 17 tahun . Dia pendek paras bahu saya , rambut hitam paras pinggang berikat , warna baju .. t-shirt biru lengan panjang .. Ha ! Yang penting dia gemuk sikit ! Nampak tak ? " Panjang lebar dia explain dekat aku . Gayanya seperti mencari seseorang membuatkan darah aku naik tinggi dan sampai tunggu meletup je . Kalau diikutkan nak aje aku tampar pipi dia !

Aku terus berdiri sambil memandang oppa dengan pandangan mata helang . " Oppa jahat ! Benci oppa ! " Marah aku meluap dan terus berlalu meninggalkan oppa.

" Aigoo , merajuk pulak dia ni ! Mulut aku ni pun satu , suka sangat menyakat dia . Haish , yaa ! Na Yeon ! Na Yeon ! Na Yeon yaa ! " Oppa mengejar aku yang jauh dihadapan.

××××××××××××××××××××××××××××

Di kawasan tempat berjogging.

< Na Yeon POV >

" Hish , jahat betul oppa ! Lebih baik aku jogging sorang-sorang . Biar dia risaukan aku ! " Bebelku sendiri dan terus mengeluarkan earphone dari poket seluar lalu mendengar lagu kegemaran aku , kumpulan BTS ❤ !

I need you girl wae ~

Honja saranghago honja sameon iblyeohae ~

I need you girl wae ~

Dachil suga eopso jakuniga piryeohae ~

Aku berjogging memandang bawah sambil menyanyi riang seperti berbisik.

Tiba-tiba ,

*gedebukk*

Seperti buah nangka aku jatuh . Aku terlanggar seseorang dari arah bertentangan.

" Aduh " Aku menjerit kecil.

" Haa , mianhae .. Gwenchana ? " Dia meminta maaf . Suaranya garau . ' Lelaki ! ' Omelku didalam hati.

Dia cuba untuk menolong aku . Tetapi , dengan sedaya upaya aku bangun dengan sendiri . Aku takut , cuak , malu ! Argh semua ada !

" Hm , saya okay .. " Aku cuba beriak biasa . Tanpa aku sedar , siku aku terluka sedikit.

" Jinjja mianhae .. Betul ni awak tak ape-ape ? Eh ! Siku awak luka ! " Mukanya penuh riak kerisauan . Dia memegang siku aku !

' Oh my gad ! My heart beat so fast ! Cair ! Cair ! '

Mata aku terus memandang lelaki yang dihadapan aku . Mata kami bertatapan seketika . Aku terus melarikan anak mata aku kerana aku merasakan jantung ni bagaikan nak terkeluar !

" Hurm , saya okay ..sikit je ni .. " Aku terus menarik lenganku daripada lelaki itu terus memegang tangan aku . Aku tidak dapat mengecam muka lelaki dihadapan aku ni sebab dia pakai topeng mulut !

" Betul kee .. "

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya ada yang menyampuk.

" Yaa , maknae ! Kenapa ni ? Hyung nampak kau terlanggar seseorang tadi . Kau okay tak ? " Mereka ada 7 orang termasuk lelaki tadi . Salah seorang daripada mereka menanya lelaki itu . Aku tak nak ambik tahu . Yang penting aku nak pergi dari sini ! Aku takut !

Aku mengambil peluang keemasan ni untuk melarikan diri . Chauu !

" Saya okay . Tapi , perempuan .. " Dia mencari kelibat perempuan yang dilanggarnya tadi . " Eh , mana ? "

" Kau cari sape ? " Tanya salah seorang daripada mereka . Reaksinya juga seperti tercari-cari apa yang maknaenya cari.

" Perempuan tuu .. Siku dia luka .. " Nadanya seperti rasa bersalah . Jarinya lurus menunjukkan Na Yeon yang sedang berjalan laju dihadapan.

" Alaa , dia malu laa tu .. " Berkata lagi salah seorang daripada mereka sambil menggosok kepala maknaenya.

Dia hanya tersengih disebalik penutup mulutnya dan menggaru tengkoknya yang tidak gatal . ' Comel .. Aku nak jadikan dia bestfriend bila aku jumpa dia balik . Aku rasa bersalah .. Aku akan ingat muka dia ! ' Omelnya dalam hati . Dia sudah bertekad !

' Aigoo , malunya ! Tula , leka sangat ! Humph , ni semua oppa punya pasal ! Kalau dia tak menyakat aku tadi , mesti tak jadi macam ni ! Aigoo .. Jantung .. Kau dah kenapa ?! ' Aku menumbuk-numbuk kecil dadaku . Muka aku dah semerah tomato dah setebal 10 inci ! ' Ah ! Sakitnya siku aku ... ' Aku mengeluh dan melihat keadaan siku ku lalu aku terus berlalu untuk menuju ke rumah untuk mencuci luka aku yang darahnya sedang mengalir.

us ❤Where stories live. Discover now