Bab 3

12 0 0
                                    

Wawa memandang jam loceng disebelahnya, dia dalam keadaan mengantuk bangun dan mencapai tuala terus masuk ke bilik air.

"Woooo, sejuk nyaa "  memang rutin harian wawa menjerit di waktu pagi, air panas kalau kena di waktu pagi pun sejuk jugak. Uyu sudah biasa mendengar jeritan wawa.

Selepas wawa mandi dia mencapai telekung untuk menunaikan solat subuh, "hoooo(menguap), Bismillahiromanirohim"

----------------------------------------------------------

"Good morning, Qalisya" Dia saja panggil aku dengan panggilan itu,dah tahu aku tak suka, tetap jugak panggil,  aku tak tahu kenapa aku tak suka bila orang panggil aku dengan nama "QALISYA" Bunyi macam gedik.

"Wawa lah!!  Simple jer W. A. W. A wawa!! " Aku menekankan perkataan wawa padanya.

"Opss sorry, hehehe " Dia menuju ke arah sofa dan memakai jam tangan "Okey lah aku pergi kerja dulu, kau tak ke Butik  ke harini, " Dia meminum setenguk air Susu yang aku buat, setiap pagi memang aku selalu buat air Susu, kalau air lain perut aku tak boleh terima, Uyu dulu tak suka susu sejak tinggal satu rumah dengan aku dia dah mula suka.

"Aku pun nak keluar jugak ni, mana boleh tutup Butik aku tu, kesian dekat staf aku siapa nak bayar gaji " Aku membuka butik fashion, sebelum ni kepunyaan family aku, tapi di sebabkan aku tak mahu bekerja di syarikat Dianra's Holding, iaitu kepunyaan family aku jugak, papa aku memberi kepercayaan  100% padaku untuk menjadi BOSS di
'BUTIK FASHION QAL'

"Ammmm okeylah, aku gerak dulu eah dah lambat ni, Bye Assalamualaikum " Aku mencapai enfon ku dia atas meja dah terus memakai kasut, harini aku simple jer dengan memakai dress separas lutut berwarna Biru muda dengan bunga kecil-kecil merah, Rambutku aku biarkan terlepas mengurai yang berwarna coklat.

"Waalaikumusalam " Uyu menjawab salamku sambil mengukir senyuman di bibirnya. Uyu memang cantik kalau tersenyum

-----------------------------------------------------------
Di butik fashion qal

" Morning boss " Aku disapa oleh seorang staf ku.

"Morning, Semua dah breakfast ke belum ni? " Aku duduk dan membelik bil yang ada dia atas meja ruangan.

"Dah Boss " jawab salah sorang perkerjaku. Aku tersenyum memang aku baik dengan semua staf aku dikatakan agak peramah jugak, ceeehh peramah ke? Hehehehe

"Linda, bil elektrik bulan lepas dah bayarkan? , " Tanyaku pada linda staf aku yang paling cekap daripada staf staf yang lain. Mataku kembali tertumpu pada bil -bil yang ada di atas meja.

"Yer boss dah bayar kenapa boss? Ada problem dengan bayaran ke? " Dia menuju ke arahku tangannya, ada sehelai kertas lalu memberinya padaku.

"Takda apa-apa problem cuma ni haa?  " Aku menujukan bil padanya.

"Maaf boss kalau pasal ni Boss boleh tanya mimiey, dia yang paling lambat kalau balik rumah, mungkin waktu itu dia tidur dekat butik ni kot, ni yang bil elektrik naik meningkat,Boss nak saya panggilkan Mimiey?  " Tanyanya padaku dengan muka cuak, yelah takut kena marah dengan aku, mimiey ni pun satu nak tidur cakapla dulu ni tak main tidur jer dekat butik, kalau jadi apa-apa nanti siapa yang susah aku jugak.

"Ammm takpayah lah, nah ambik ni " Aku mengeluarkan duit di dompet ku Rm 2300. "Pergi jelaskan semua,  sekali dengan bulan ni " arah ku pada linda.

Linda berlalu pergi, dan aku terus masuk ke bilik ku yang agak sederhana besar, dulu bilik ku di penuhi ranting-ranting kayu macam ala ala bilik spa gituwww, yerlah sebab mama aku yang jaga, hehehe sekarang ni bilik aku semakin cantik dengan perhiasan yang mewah dan mahal berkilau-kilau dengan bunga di meja tambah pulak fashion - fashion terkini ditampal di dinding, sangat perfect.

-----------------------------------------------------------
A

qil P.O.V

"Sayang u nak pergi shopping dekat mana ni? " Aku bertanya pada Mya Raishah kekasih tercinta aku.

"I rasa nak pergi tengok dekat butik fashion lah, apa eah nama butik tu kejap bagi i fikir dulu, ermmm haa butik fashion Qal, i dengar-dengarkan butik tu famous giler dekat malaysia ni, sayang jom lah kita pergi butik tu please, " Mya Raishah membuat muka seakan memujuk kekasihnya itu, sebenarnya Mya Raishah bukan nak sangat dekat Aqil Aizzat dia hanya ingin menghakis duit Aqil itu jer.

 Mya Raishah 😒

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mya Raishah 😒

"Okey kita pergi, u nak tengok apa dekat butik tu? " Aku bertanya padanya

"Yayyy, "jeritan manja Mya kedengaran "I nak tengok jeans, yang keluaran baru " Mya memuncungkan mulutnya

Aqil tersenyum melihat gelagak gadis kesayangannya itu, dengan kehadiran Mya Raishah mengubah segala hidupnya yang fobia terhadap wanita.

Cinta najwa Where stories live. Discover now