Najwa bersiap untuk pergi ke butik dia turun ke bawah untuk breakfast , lalu dia memandang meja makan di dapur tiada makanan di atas meja bayangan kawan rapatnya pun tidak kelihatan , dan matanya beralih ke anak tangga, " Tak kerja ke Si uyu ni, dari semalam asyik berkurung dalam bilik jer " Omelku dalam hati
Aku menuju ke bilik Uyu dan mengetuk pintu " Uyu kau tak kerja ke harini? " Tanyaku sambil mengetuk pintu biliknya berkali-kali.
"Aku MC harini". Perlahan suaranya kedengaran dari dalam bilik.
"Kenapa kau sakit ke? " Tanyaku lagi
Aku terus masuk ke biliknya, aku melihat Uyu terbaring sambil memegang pipi sebelah kanannya. "Asal kau ni haa? " aku memegang dahinya kot kot demam, Uyu ni suka menyimpan rahsia, aku satu rumah dengannya pun tidak tahu dia ada masalah. Dia ingat cara dia buat macam ni boleh settle la masalah.
"Aku sakit gigi lah, " dia memandang aku disebelahnya.
"Kau sakit gigi? , asal kau tak cakap awal-awal, dah jomla aku bawak kau pergi klinik " Aku berkata sedikit tegas padanya, bukan boleh percaya Si Uyu ni susah kalau, bak nak pergi klinik.
"Haaaa, tak nak lah aku rela sakit daripada pergi klinik tau " mukanya dah mula cuak
"Ooo, kau suka sakit lah, sampai tak boleh makan macam tu, kau nak pipi gebu kau tuh, semakin hari semakin benkak pastu meletop sebab kuman banyak dalam tu, pastu keluar ulat, sampai ke tahap tu baru kau terkial-kial nak pergi klinik, tapi waktu tu aku tak tahu lah kau hidup ke tak? " aku cuba untuk menankutkanya, nampak gaya nya berasil, tengok muka dia macam takut jer. Hehehehehe
" Okey lah aku pergi tapi, aku nak doktor perempuan, kalau doktor lelaki aku tak nak aku malu lah "
"Klinik doktor perempuan jauh lah, mengada jer kau ni kan, apa salahnya kalau doktor lelaki chek kau tu, bukannya kau bukak jer mulut, dia terus gelak tengok gigi haha macam tu. Tak ada lah kalau ada pun doktor gila jer " aku menarik tangannya agar dia ikut aku ke klinik.
"Dah pergi bersiap cepat aku tunggu kat bawah, " Dia terus mangangguk kepalanya tanda faham
-----------------------------------------------------------
Di klinik gigi"Meh sini IC kau, biar aku pergi daftar kau duduk jer sini diam-diam" Arahku pada Uyu, dia menganguk dan mengeluarkan kad pengenalannya dan dia menghulurkan padaku.
"Nah pegang telefon aku ni, kau mesej dekat linda kau cakap aku masuk butik lewat harini. " Telefonku beralih tangan
Aku menuju ke arah kauter pendaftaran nasib baik orang tak ramai lagi waktu ni.
Aku menghulurkan Kad pengenalan Uyu pada gadis yang kecil molek di depan aku, dia memberikan senyuman.
"Tunggu sebentar ya " Aku hanya menganguk.
Aku melihat orang sekeliling ku,sudah semakin ramai mereka semua tersenyum mesra ke arah ku, aku sedikit terasa pelik kerana ramai yang memandangku.
"Cik sebelum ni pernah datang ke klinik ni " Gadis itu tersenyum
"Tak pernah lagi , ni yang kali pertama datang sini " aku melihat dia tersenyum dan menganguk kepala, lantas dia menghulurkan sehelai kertas kepadaku.
-----------------------------------------------------------
"Ambik ni, pegang dulu nanti doktor panggil" aku menghulurkan kertas kepada uyu yang gadis itu bagi padaku.
"Sakitt weiii!! " aku tahu uyu semakin takut, dia melihatku seakan ingin menangis
"Yerr aku tahu kau Sakit, kejap lagi aku teman kau masuk dalam, kau takpayah risaulah doktor tu baik, aku kenal doktor tu," mulut masih lagi bercakap walaupun mataku masih leka memandang telefon ditangan.
"Yeker kau ni, kenal dengan doktor tu? " dia bertanya sambil melihat kertas ditangannya
"Dr. Faiz Hakim?? " Dia bertanya lagi
"Entah, Aku tak kenal siapa doktor faiz ni " aku menunjukan muka blur, malas nak layan si Uyu ni banyak soalan yang dia tanya, belum termasuk soalan yang aku berada lama di kaunter pendaftaran tadi.
"Hish kau nii. Tadi cakap kenal pastu tak kenal pulak " dia menumbuk bahu aku, aduhh boleh tahan jugak si Uyu ni, lenguh sampai tangan aku ni ditumbuknya.
Baju yang Najwa pakai ke klinik 💕
YOU ARE READING
Cinta najwa
Action"Aku Berdiri Di Depan Pantai Sambil Tenangkan Fikiran, Tiba - tiba Aku Terdengar Jeritan Seorang Kanak-Kanak Memanggilku " "Mummy, Mummy!! Daddy *hiks hiks*" Anak SulungKu Yang Berumur 6 Tahun Menangis. Sambil Memandang ku Dengan Mata Yang Berkaca...