Chapter 28

4.3K 353 44
                                    

"Yein?"

Jungkook melihat yein sedang berdiri di tepi gaung sambil tersenyum padanya. Yein mengangkat tangan separa dan mula melambai pada jungkook.

"Yah yein apa kau buat dekat situ?"

Tiba-tiba yein ke belakang dan mula membiarkan dirinya rebah jatuh dari gaung.

"YEIN!"

Jungkook tersedar dan badannya berpeluh-peluh. Mimpi ngeri tadi hampir sahaja membuatkan jantungnya meletup terlalu terkejut dan takut.

"Jungkook!"

"Eh korang?"

Jungkook terpinga-pinga apabila melihat bangtan ada di depan mata mereka. Si taehyung sudah memeluk erat si jungkook manakala yang lain turut ikut taehyung.

"Adeh deh deh deh!"

Jungkook perlahan menolak diorang.

"Aduhh kuatnya korang peluk."

"Hehhehe sori..."

Bangtan hanya tersengih bak kerang busuk.

"Yah macam mana kau boleh terlibat dengan langgar lari pulak!"

Jin yang memain peranan sebagai omma dalam bangtan mula mencekak pinggang risau akan jungkook. Manakala jungkook buat muka toya.

Langgar lari?

"Sejak bila pulak aku kena langgar lari..."

Jungkook berkata sendiri dalam hatinya.

"Siapa kata aku kena langgar lari weh?"

"Ermm emm ada satu nurse ni-"

Baru sahaja hoseok mahu menghabiskan ayat seorang nurse masuk dengan membawa dulang makanan. Apabila jungkook memandang nurse itu habis membulat mata dia.

"Ha nilah nurse yang cakap tu~"

"Su-suje-"

Sujeong cepat-cepat memberi isyarat untuk senyap dan jungkook hanya follow.

"Masa melawat tamat. Sila keluar."

"Ehhh baru lima minit kitorang datang apahal pulak!"

Mulalah yoongi nak memprotes. Sedangkan diorang dah ada dekat hospital tu sejak tiga hari lalu. Lelebih pulak yoongi ni.

Sujeong tunjuk muka garang habis kecut perut enam jejaka tu.

"Dahlah jom keluar...aku tak sedap hati...mana tahu nurse tu makan kita-"

"Merepek je keje kau dah dah jom keluar"

Maka mereka pun keluar berjemaah meninggalkan sujeong dan jungkook sahaja dalam wad tersebut. Wad personal kau. Baru ada kelas.

"Aku...kat hospital mana nih?"

"Hospital Woohit"

"Ehhh woohit pun ada hospital? Habis macam mana kawan-kawan aku boleh masuk?"

"Nama hospital je woohit tapi orang anggap hospital biasa je aduhh -,-"

"Ouu.."

Jungkook mengangguk dan dia termenung sebentar sementara sujeong sibuk membebel pasal dia perlu makan.

"Wui..kau dengar tak aku cakap apa ni?"

Jungkook tersedar dan dia memandang sujeong dengan muka sayu.

[C] THE SPYWhere stories live. Discover now