satu

65 6 1
                                    

Ok aku rasa dalam cerita kali ni akan banyak kisahnya pasal memtaliti melayu. Sebab apa? Jangan tanya aku. Semua tahu mentaliti melayu macam mana.

Mentaliti cikgu.

Aku tak faham jenis cikgu yang selalu nak menyalahkan anak murid. Kenapa semua nak kata murid yang salah? Murid punca segalanya?

Contohnya macam ni. Kau bawak phone lepastu kena rampas dengan cikgu. Kalau aku tak kesahlah. Memang salah kita pun bawak phone ke sekolah. Tapi masalahnya waktu kita mintak dia boleh bagi tapi kalau ada cikgu lain, lain pulak jadinya.

Cikgu A rampas phone kau, kau mintak and cikgu A memang nak pulangkan pun kat kau. Tiba tiba cikgu B nampak. Dia pun kata
"Eh A kau takyah bagi kat budak ni. Kau tak tau ke budak budak sekarang ni kurang ajar. Ada satu kes tu dia rakam cikgu dia tidur kat kelas. Biasalah cikgu gemuk memanglah tidur berdengkur. Lepastu budak tu rakam dan viralkan."

Dan aku pun macam... eh plis cikgu melayu, awak tu mentaliti kecil sangat. Ok memanglah salah budak tu rakam cikgu dia. Abistu kes guru rakam budak tidur kat kelas berdengkur? Oh takpe guru ada autoriti sendiri. Diorang ada hak. Gitu? Eh plislah adil. Kalau macam nilah pemikiran cikgu, cikgu pun patut tak payah bawak phone ke sekolah.

Salah pertama: cikgu B put blame kat budak yg rakam tu tanpa pikir yang lagi banyak video guru guru yang membahan budak budak sekolah. Adakah tu patut?

Salah kedua : cikgu B melabelkan semua budak yang bawak phone sama sahaja.

Salah ketiga : Cikgu memang tak patut pun tidur kat kelas. Tugas guru mengajar. Kenapa pulak boleh tidur kat kelas? Takkan makan gaji buta kot. Ok mesti ada yang fikir murid pun tak patut tidur kat kelas. Memag tugas murid belajar, tapi adakah kami deberi gaji? Situasi lain bukan? Murid diberi tanggungjawab belajar, kalau taknak lantak dioranglah.

Selesai kritikan satu.

kritisWhere stories live. Discover now