*KRING KRING KRING KRING*
Alarm di telefonku berbunyi menunjukkan hariku sudah bermula. Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi.Huarghh! Aku menggeliat malas.
"Okay Mel, another day to survive!" Konon memotivasikan diri cewah.
Aku bangun, mandi, gosok gigi, solat subuh serta membaca al-Quran. Ya, parents aku pernah cakap segenius Einstein pun kau kalau hubungan dengan Tuhan tak jaga tak berkat hidup.
"Abang, Mel pergi dulu! Aku sayang kau bang."
Aku menyalami tangan kasar abang. Ya, tangan yang telah banyak membuat pengorbanan untuk aku.
Aku menaiki motorsikal wave5ku. Aku bukan kaya mana, ni pun belas ihsan abang.
Dengan bacaan bismillah aku bergerak untuk ke universiti.
################################################################################
Aku memarkir motorku dan terus ke cafeteria untuk berjumpa seseorang. JENG JENG JENG! Siapakah?
"Hey sexy lady!" Selamba aku menepuk belakang Najwa kuat, sahabat karibku. One and only.
Hey aku ramai kawan la! Tapi yang itu semua hanya untuk buatkan aku menjadi popular. Hello, bukan aku sorang yang buat macamtu. Ramai lagi. Friends for benefits HAHAHAHAH. Jahat juga ya Armell hehehe (synical emoji).
PAP!
"Aduh, sakitlah Wawa! Benjoi la kepala aku bajoiii!" Aku mengusap-usap kepalaku yang dipukul dengan fail.
"Tau kau sakit?! Ingat budak brutal macam Armell Emilyn ni kebal noh" katanya sambil terkekek-kekek ketawa.
Boleh dia gelakkan aku? Nak kena budak ni tak padan kecil.
"HAHAHAHAH tulah kau cari pasal dengan Wawa Letopsss ni lagi. Okok maaf ya bukk, kira kosong-kosong tau tau tau", Najwa membuat muka acah comelnya itu. Tapi memang comel pun sebab kalau tak takkanlah ramai lelaki tertawan dan tertarik dengannya. Aku pun sama lawa sebenarnya lagi lawa! Tapi aku jenis jual mahal dan digelar 'singa' oleh budak-budak kampus ni. Sebab ada satu peristiwa yang membuatkan aku betul-betul anti lelaki. Berani la nak datang dekat dengan Armell, nanti kena silat adalah. Jadi fans Armell surrender sahaja.
"Yela, weh jom la masuk kuliah. Dah lambat ni" kata Armell.
"Wah kauu, sejak dah nak graduate ni semangat kemain nak masuk kuliah eh dulu bukan main liat lagi. Ke kau dah tangkap leleh dekat Prof. Azmi a.k.a mat belah tengah tu?".
Aku buat muka terkejut berukku. "DEHEL?! Dia dah ada anak 5 kot. Dahlah tua kerepot, rambut belah tengah, seluar paras perut eeee tak selera aku!". Well, lumrah alam la Prof yang bagi assignment melambak plus garang namatey kena kutuk dengan budak sendiri lagi-lagi yang tak dengar kata macam Armell dan Najwa ni. Mana tak selalu kena jerit hehehe.
"Dah-dah jom!".
Kami berjalan keluar daripada cafeteria dengan hati yang riang ria aidilfitri.(Writer sedang gumbira actually hehehe)
YOU ARE READING
Dibawah Langit Yang Sama
Fantasy2016. Armell Emilyn pelajar jurusan Psychology tahun terakhir. "Kenapa mesti saya Prof?!" Armell. "Kerana awak layak Armell. Ramai lagi yang nakkan tugasan ni. So why not awak try." Professor Azmi. "Berapa tahun? Tapi saya taknak!"Armell. "One y...