"Belah tengah awak panggil saya?!" kata Prof. Azmi dengan matanya yang membulat.
"Err maksud saya, hati saya ni dah dibelah setengah dan satunya saya nak bagi dekat Prof la hehehe". Kata Armell sambil tersenyum kambing.
Prof. Azmi mengeluh kecil dan menggelengkan kepalanya.
"Ada-ada jelah awak ni kan Armell? Haa sekarang ikut saya ke pejabat". Prof. Azmi terus berjalan meninggalkan Armell yang termangu-mangu sendirian.
Dehel? Takkan panggil belah tengah pun sampai kena masuk pejabat. Aish orang tua ni. Armell lambat-lambat berjalan ke pejabat. Baru ingat nak balik tidur dekat rumah haih sorry my bed.
################################################################################
"Prof, ini tidak adil! Ramai lagi kot yang kutuk Prof dengan panggilan yang lagi dahsyat. Saya kira ok la lagi, belah tengah tu kiut tahu tak? Lagipun Prof yang sikat rambut macamtu, bukan salah saya tapi salah Prof sendiri. Jadi janganlah hukum saya di atas kesalahan yang remeh-temeh macamni. Saya bukan budak darjah 1 yang nak kena hukum Prof!" ambil kau panjang lebar syarahan aku.
Prof. Azmi hanya duduk dikerusinya dan melihat mukaku tanpa sebarang riak.
"Dah habis?", tanya Prof. Azmi.
"Err saya rasa dah", aish kenapa aku dedor semacam ni.
"Siapa cakap saya nak hukum kamu? Saya ada hal lain sebenarnya nak jumpa kamu ni", kata Prof. Azmi.
Armell terus mengambil tempat di depan Prof. Azmi. Selamba je dia ni duduk, Prof tak suruh pun ish ish Armell , Armell.
"La habistu sebab apa? Prof ni lain kali cakaplah awal. Tak adalah membazir air liur saya ni bersyarah dekat prof".
"Dah kamu tu membebel macam mak nenek dengan laju macam bullet train, malas saya nak cakap", amboi Prof pandai buat lawak ya.
"Hehe oklah Prof, nak jumpa saya sebab apa?".
"Kembara masa, awak tahu?", tanya Prof serius.
Armell membuat muka berfikir. Serius sama seperti Prof. Azmi tadi.
Lalu dia memetik jari.
"Tak tahu"jawabnya serius.
"Tapi kembara cinta ke hati Prof saya tahulah, Hahahahahahaha", Armell tergelak berdekah-dekah.
Tiba-tiba kepalanya diketuk dengan gulungan kertas mahjong yang tebal.
Mak ai sakit betul!
"Apa ni Prof, sakit tahu tak!" Sudahlah pagi tadi kena dengan Najwa, sekarang kena bantai dengan Prof sendiri pula. Jammed la otak aku macam ni.
"Dah tu saya serius kamu main-main pula! Apa nak jadi kamu ni, umur dah 25 tahun tapi perangai serupa macam 5 tahun", geram betul dia dengan perangai pelajarnya yang seorang ini.
"Hehehe okok maaf ya Prof. Saya tahu, setiap tahun seorang pelajar dalam jurusan Psychology akan dipilih untuk kembara masa kan, jadi apa kena mengena dengan saya?", katanya lurus. Bendul betul la Mel ni lahai.
Prof. Azmi tersenyum. Aik lain macam je ni.
"Dan pelajar yang terpilih itu adalah kamu, Armell Emilyn Arshad Elman".
"Kenapa mesti saya Prof?!" Armell.
"Kerana awak layak Armell. Ramai lagi yang nakkan tugasan ni. So why not awak try." Professor Azmi.
Armell tergamam. Kenapa mesti aku?
"Berapa tahun? Tapi saya taknak!"Armell.
"One year.Just one year and you can be a successful Psychologist here.If you don't take this task you have to study for 3 more years. Take it or leave it."
Masalahnya kenapa aku kena sambung study lagi 3 tahun? Ini tak adil! Haih, aku tak nak tambah lagi 3 tahun, jadi..
"Baiklah Prof, saya terima".
YOU ARE READING
Dibawah Langit Yang Sama
Fantasy2016. Armell Emilyn pelajar jurusan Psychology tahun terakhir. "Kenapa mesti saya Prof?!" Armell. "Kerana awak layak Armell. Ramai lagi yang nakkan tugasan ni. So why not awak try." Professor Azmi. "Berapa tahun? Tapi saya taknak!"Armell. "One y...