Bab 3

670 35 15
                                    

"Oii amacam akak kantin kau ? Sihat ?" , soalan itu seakan samar samar saja . Mungkin ketika itu aku agak mamai . "Oii kau sihat tak ?" , Farabie bertanya padaku . Dia rakan sekelasku . Baru tahun ini aku rapat dengannya sebab sebelum ini aku tak pernah sekelas dengannya . 

"Err .. Sihat lahhh . Kau tanya apa tadi ?" , balasku pada Farabie .

"Aku tanya akak kantin kau sihat tak ?" , dia membalas

Aku di sekolah selalu digosipkan dengan orang itulah inilah . Aku pun pening . Kenapalah selalu digosipkan aku dengan seseorang itu . Pantang nampak aku berbaik sedikit dengan seseorang . Adalah mulut yang berbicara , yang mengatur langkah untuk menyebarkan dakyah dakyah yang tak sepatutnya . Alahai , kali ini mereka menggosipkanku dengan akak kantin . Pelik , dengan akak kantin pun boleh digosipkan . Itu yang menjadi persoalan . Sedangkan aku cuma beramah mesra sahaja dengannya . Akak kantin tu mahu menjadi kakak angkat aku . Salah kah ? Mereka ini cemburu saja .

"Sihat je . Kenapa ? Kau dah rindu kat dia ke ?" , balasku menyindir

"Bhaha . Aku pulak . Kau ahh . Dah suka dekat dia kata aku pulak rindu dekat dia" , balas Oby tertawa . Aku memanggilnya Oby saja . Bukan aku saja malah rakan rakan yang lain turut memanggilnya Oby . Senang dan mudah . Pendek saja . 

Asyik asyik aku yang kena . Biarlah sekali sekal mengalah dengan diorang . Bukan apa sangat pun . Cuma gosip .Terima sajalah .

"Woii woii cikgu datang !" , Afiq menjerit ke arah kami .

"Haa cikgu apa ? Sekarang waktu apa ?" , Oby bertanya pada Afiq 

"Sekarang Geo lahh ! Cikgu Madihah !" , Afiq membalas

Semua kelam kabut . Maklumlah , cikgu Madihah merupakan antara cikgu yang digeruni di sekolah ini . Cikgu Geografi merangkap Guru Penolong Kanan Kokurikulum . Mempunyai dua personaliti . Di dalam kelas lain anginnya , di luar kelas lain anginnya . Alahaii , pelik sunguh . Dalam kelas , beliau diibaratkan seperti singa betina yang kelaparan . Kalau di luar pula , beliau bagaikan air yang jernih , air yang tenang . Baik sungguh . Berbeza sungguhlah .

"Assalamualaikum cikgu" , kami semua memberi salam tanda hormat pada guru . Kami mengikuti kelas seperti biasa . Kalau kelas dengan cikgu Madihah , pasti suasana agak sunyi . Bunyi cengkerik yang biasa didengari juga hilang tanpa tanda . Aku masih lagi mengelamun . Terkenangkan Syuhada .

"Syawal ! Nombor 19 apa jawapannya ?" , tanya cikgu Madihah kepadaku . Matanya membulat kalau tanya soalan . Mungkin cara beliau mengajar . Cara beliau ingin psiko pelajar pelajarnya agar pelajarnya gerun padanya . Hormat padanya .

"Errr .. Apa cikgu ?" , jawabku dengan selambanya .

Mata cikgu Madihah kian membulat . "Haa ini lah dia ya pelajar pelajar , Ini adalah contoh pelajar yang tak ingin berjaya pada masa hadapan . Orang dok sibuk belajar dia mengelamun . Apa yang difikirkan pun tak tahu . Bisnes besar agaknya ya Syawal ?" , cikgu Madihah membebel . Rakan sekelasku semua terdiam begitu juga aku . 

"Wei , cikgu tanya jawapan nombor 19 lah" , Oby berbisik padaku .

"Owhh jawapan dia A cikgu" , aku menjawab dengan penuh yakin .

"Nasib baik betul kalau tak saya tak tahu apa nak jadi dengan kamu . Haa duduk . Sebelah dia . Soalan 20" , cikgu Madihah membalas .

Haihh begitulah hari hariku sebelum peperiksaan . CIkgu memang tekankan pelajaran terutamanya subjek yang akan diduduki ketika peperiksaan nanti . Maklumlah , sekolah kami antara sekolah yang top di Selangor . Ranking sekolah kami di Selangor adalah yang ketiga tertinggi . Sebab itu guru guru terutama Pengetua cukup bimbang dengan prestasi anak murid mereka . Mereka bukan risau murid saja , yang utamanya mereka risaukan prestasi sekolah akan menurun . Itu akan memalukan mereka kelak .

 Hari makin hari , masa makin suntuk . Kini sudah tiba masanya . Masa yang digeruni oleh seluruh pelajar Tingkatan 3 di Malaysia pada tahun 2012 . Penilaian Menengah Rendah sudah pun bermula . Ya , hari ini lah harinya . Hari penentuan . Di mana aku akan tetap bersekolah di sini ataupun akan dipindahkan ke sekolah lain . Mungkin ke asrama penuh ? Di mana ianya adalah harapan ibu dan bapaku . Aku kena lakukan ini betul betul . 3 tahun aku belajar bersungguh sungguh untuk menghadapi ini . Tetapi sebenarnya tidaklah bersungguh mana . Fikiranku bercelaru . Terlalu banyak benda yang perlu difikirkan . Tetapi apa kan daya , aku harus juga belajat bersungguh sungguh . Aku tak mahu kecewakan ibu dan bapaku . Itu janjiku pada mereka .

Hari pertama peperiksaan , seperti biasa . Mana mana peperiksaan di Malaysia ini , kalau hari pertama pasti peperiksaan kertas Bahasa Melayu . Bagiku , kertas Bahasa Melayu tidaklah begitu sukar mana kerana aku memang orang melayu . Sebelum ini pun aku tidak pernah sekali pun gagal dalam mata pelajaran ini . Cuma satu saja , karangan . Aku agak lemah dalam karangan . Tetapi dalam mereka cerita itu memang bidangku . Hehe .

Aku menghabiskan hari ini dengan penuh kesyukuran . Aku dapat menjawab kertas pada hari ini dengan mudah . Tidak sia sia aku belajar selama ini . Tidak sia sia aku menghabiskan modul yang diberikan oleh guru kepada kami semua . Aku pulang dengan senyuman . Senyuman kepuasan . Baru satu kertas sudah puas . 8 lagi akan ku tempuhi . Di sekolahku , semua pelajar tingkatan 3 yang menduduki Penilaian Menengah Rendah perlu mengambil 9 matapelajaran . Yang wajib adalah 8 tetapi kami 9 kerana kami bersekolah di sekolah agama . Ada satu subjek tambahan yang perlu diduduki . Bahasa Arab . Aku cukup suka subjek itu tetapi jarang sekali aku memperolehi A dalam Bahasa Arab .

Selang beberapa hari , kini Penilaian Menengah Rendah sudah pun habis . "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" , kedengaran laungan semua pelajar di sekolah kami setelah berjaya menghabiskan kertas terakhir iaitu kertas Bahasa Arab . 

Kami berkumpul di luar , seperti biasa , tempat biasa , di pondok depan . Dekat mana lagi kalau bukan disitu . Dari tingkatan satu hingga sekarang , disitulah port kami . Sambilku menyimpan kertas soalan Bahasa Arab yang telah dijawab itu kedalam beg , tiba tiba mereka bertanya .

"So , apa plan cuti ni ? Kita dah merdeka kot . Takkan tak buat apa kan?" , tanya Oby kepada kami .

"Entah ah . Nanti kita hang lah mana mana nak ? Faiz okay ? Fakri ?" , Afiq bersuara .

"Tengok ah dulu . Kalau Setia City Mall aku boleh ah . Yang lain nanti aku risau tak ada transport pulak" , balas Faiz .

"Alahh alasan ah . Kau selalu macam tu . Banyak kali dah . Bukan sekali . Sama je macam Fakri . Mana pernah nak ikut . Berapa kali dah kitorang keluar ." , Afiq membalas lalu mendengus .

"Alahh bukan apa , tak ada orang nak hantar aku . Mana tak nya . Cer korang ambik aku , boleh ah" , balas Fakri spontan .

"Aku tak kisah , duit ada aku jalan je" , aku menyelit . Ya , aku kalau ada duit baru aku keluar . Kalau tak , buat apa nak keluar tanpa duit ? Duduk melohong tengok orang lain beli macam macam , tengok wayang dan sebagainya . AKu tak berduit tak buat apa apa ? Cehh baik tak payah .

"Aku plan nak kerja dulu kot awal awal ni . Nak kumpul duit dulu .Baru sedap berjalan kan ?" , balasku pada mereka .

"Weh , kau kerja kat mana ? Aku nak kerja gak sebenarnya tapi mak aku tak kasi . Untunglaaaa mak kasi kerja" , Afiq bersuara .

"Hehe . Dengan mak Mursyid je lah kot . Umur macam ni siapa lagi nak terima kerja . Aku memang dah lama kerja dengan mak dia . So , mak dia tak kisah sangat ." , aku membalas .

Kelihatan kereta Kia Rio berwarna hitam telah pun tiba . Oh ya , itu kereta ummi ku . Sudah tiba masanya untukku pulang kerumah . Pulang dengan senyuman . Senyuman kepuasan . Ya , ini barulah namanya kebebasan . Tetapi , kebebasan ini hanyalah sementara . Ada peperiksaan yang lebih besar selepas ini akan ku tempuhi . Lagi besar ujiannya dari yang ini . Ini baru permulaan , belum penentuan untuk segalanya .

"Wehh , mak aku dah sampai ah . Aku cau lu ah . Nanti malam kat Facebook kita sambung bincang . Sambil sambil main Dota tu kita sembang ah" , kataku sambil melambai pulang pada mereka . Bersalaman salaman antara kami . Itu sudah menjadi perkara biasa bagi umat Islam . Sebelum perpisahan , pasti akan bersalaman dahulu . Tanda kasih sayang antara satu sama lain .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 02, 2014 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sebenarnya Dia CRUSH AkuWhere stories live. Discover now