OY-2

185 9 0
                                    

Telefon di sebelah ku kerling sekilas. Kebosanan mula melanda saat ini,rancangan di tv langsung tidak menarik minatku untuk menonton. Fikiranku jauh melayang teringatkan orang yang paling aku sayangi di dunia ini. Allah rindunya aku pada lelaki itu. Rindu hendak mendengar suaranya,gelak tawanya,usikannya. Kemanakah lelaki itu membawa diri setelah hampir 7 tahun kami bersama. Air mata ku mengalir,sumpah aku rindukan dia. Lelaki itu tinggalkan aku 7 tahun yang lalu kerana dia harus berpindah ke UK mengikuti papanya menguruskan syarikat di sana. Aku tahu dia jugak tidak mahu berpisah dengan aku. Dia berjanji dengan aku bila dia dah pulang ke Malaysia dia akan carik aku. Dimanakah janji yang dia taburkan padaku selama ini? Ya Allah sedih nya hatiku..

"Jauhnya termenung anak ibu ni,fikirkan apa" soal ibu lalu menapak ke arahku.
"Tak ada apa lah ibu,Reysha tengah tgk tv la ni" jawabku cuba berbohong. Maaf bu bukan niat nak berbohong,Reysha taknak ibu sedih juga.
"Kamu tengok tv ke tv tengok kamu?Reysha,kamu anak ibu,ibu tahu apa yang bermain dia fikiran kamu" soal ibu prihatin.
Ibu memang pandai meneka. Ya,aku tidak nafikan bukan mudah untuk berbohong dengan ibu. Aku cuba senyum semanis mungkin untuk menutup kesedihan dia hati.
"Ermm ibu Reysha naik atas dulu ye nak siap siap jumpa Elina. Kita orang dah janji nak jumpa hari ni" aku cuba mengelak dari soalan ibu.
Ibu hanya mengangguk tanda mengerti. Pantas aku mengatur langkahku menuju ke bilik. Yeayyyy tak sabarnya nak jumpa Elina.

xxx

"Ya Allah weh rindunya aku dengan kau." ujar Elina gembira.
"Aku pun rindu kat kau sangat sangat. Makin lawa kan kau nasib aku cam lagi tahi lalat kat leher kau tadi hahaha.." luahku bersama gelak tawa disambut Elina.
"Eleh kau cakap aku konon , kau tu lagi lawa cun melecun. Buah hati dah ada?" soal Elina padaku.
Ketawa aku terus hilang bila soalan cepumas diberi oleh Elina. Apa yang harus aku katakan. Aku tidak percayakan mana mana lelaki lagi setelah lelaki yang paling aku sayangi menghilang sesudah menabur janji padaku.
"Hmm..kau tak dapat lupakan dia lagi ke? Atau hati kau belum terbuka untuk lelaki?" soal Elina lembut.
"Ishh kau ni mana ada. Hati aku belum terbuka untuk mana mana lelaki lagi sekarang ni. Entahlah aku sendiri keliru." keluhan berat terlepas dari mulutku."Hati aku masih tawar lagi terhadap lelaki. " sambungku.
"Aku doakan supaya suatu hari nanti akan ada lelaki yang mampu buat kau lemah tiap kali berdepan dengan dia HAHAHAHA" ujar Elina bersama ketawa besar. Hati aku yang sedih tadi terus gembira. Elina memang pandai bab bab pujuk hati aku ni. Hehehehe...

Setelah habis bercerita dan melepaskan rindu Elina meminta diri untuk pulang kerana penat. Manakan tidak dia baru sahaja sampai di Malaysia dari US , terus diajaknya aku berjumpa. Aku apalagi terus la siap siap nak jumpa dia. Kawan baik weh.. setelah menghantar kelibat Elina pergi, aku terus berlalu pergi dari situ. Langkahku diatur ke arah parking kereta. Sebelum aku melintas jalan aku memastikan tiada kereta yg lalu baru aku lintas. Tiba tiba lenganku ditarik kasar kebelakang menyebabkan aku terkejut lantas menjerit

"Arghhhhhhhhh!!!!" jeritku. Lenganku terasa seperti digenggam kemas oleh seseorang lantas aku membuka mata. Terkejut bukan kepalang kerana jarak aku dengan lelaki ini hanya berapa inci sahaja , mata ku luaskan. "Err.. a-apa awak bu-bu-buat ni?" apehal aku gagap pulak ni. Jantungku pula jangan ditanya rasa nak melompat keluar pun ada. Lenganku dilepaskan bersama senyuman sinis di bibir.
"Haritu kau tumpahkan coffee kat baju aku. Harini kau hampir dilanggar kereta. Kau buta eh?" soalnya sinis sambil matanya meliar lihat mataku.
Amboi amboi sukahati kau je kata aku buta. Aku butakan mata kau tu baru tau! sebelah keningnya diangkat membuat aku tergamam. Mata aku terasa tertarik macam nak tenung je wajah lelaki ini. Eh ape kau melalut ni Reysha insaflah. Kepala kugelengkan beberapa kali.

"Bisu pulak sekarang ni?aritu buta ni bisu. Tiba tiba gelengkan kepala macam orang tak betul. Gila eh?" soalnya.
"Eh cakap baik sikit eh aku tak BUTA,tak PEKAK dan tak GILA lagi!! Aku masih sempurna anggota badan. Mulut takde insuran betul!" balasku geram. Nak aje aku sekel kepala mamat ni. Mata kujulingkan keatas.
"Ikut aku" tanganku ditarik kasar supaya mengikut dia.
"Eh eh ape ni main tarik tarik tangan aku. Lepaskan la sakit tau tak!" jeritku sedikit. Pantas lelaki itu menoleh kebelakang.
"Ermm maaf aku tak sengaja. Sorry eh? Sakit ke?" tanganku dilepaskan. Riak wajah bersalahnya jelas terpampam di wajah kacaknya itu.
Aku hanya membatukan diri sambil tangan kanan mengusap tangan kiri yang terasa lebam dek cengkaman lelaki depan aku ni.

"Aku nak kau tolong aku , boleh?" soalnya sambil kening sebalah dijongketkan keatas.
Err wehh tolonglah jangan buat muka macam tu! rayuku didalam hati.
"Hmm tolong ape? Kalau jenis pertolongan kau tu mudah aku tolong kalau susah sorry" balasku acuh tak acuh.
Dapatku lihat wajahnya tersenyum manis. Arghhh hensemnya wehh!
"Okey la aku nak balik dulu. Bye" aku memusingkan badan untuk membuka pintu kereta,namun tangannya lebih pantas menghalang.
"Aduhh ape lagi kau nak? Blah la! Aku nak balik!" tak faham bahasa betul la mamat ni. Eyyyy orang gila betul!!!!
"Nah kad aku, kau boleh datang ke office aku esok pukul 9 sharp! Lambat siap!" ujarnya berbunyi amaran.
Kad dia aku ambil dan terus aku masuk ke dalam kereta. Malas hendak berpandangan dengan mamat ni,makin panas pulak hati aku.

(Tengku Aryan POV)

Huh..our game will begin soon dear! Aku akan pastikan kau ikut segala plan aku. Hmm not bad cantik jugak dia tu..cuma perangai kasar. Senyuman sinis terukir di bibir ku. Haih la pa Aryan dah jumpa bakal menantu papa.





Amacam? Best tak part ni?sorry kalau pendek. Dah baca jgn lupa vote sekali tau..hehe ok byeee❤🙈

Only You❤Where stories live. Discover now