"Ayah berapa lama lagi kita dekat sini ?" , tanya James kepada ayahnya .
"Kejap lah . Dapat habuan kita baliklah" , ayahnya membalas .
Mereka berdua keluar ke paya pada waktu malam . Mereka ingin memburu buaya pada malam itu . Kata ayahnya ibunya mengidam daging buaya . Agak pelik , pertama kali dia mendengar orang mengandung mengidamkan daging buaya . Tetapi apa kan daya , sayang pada bini punya pasal , terpaksalah akur pada isterinya . Tetapi mereka tidak perasan , mereka telah melepasi kawasan paya yang sepatutnya mereka berada . Mereka telah melalui kawasan larangan . Kata orang , di kawasan larangan itu , buaya besar besar hidup disitu . Mereka hanya ingin menangkap buaya kecil sahaja . Tidak berani ingin menangkap buaya yang cukup besar . Sampan yang mereka naiki juga kecil sahaja
"Ayah , saya nak buang air kecil kejap lah" , kata James pada ayahnya .
"Alahaii , time ni jugaklah kau nak buat hal . Buang je lah . Air kan dekat sekeliling tu" , ayahnya membalas .
James pun membuka zip seluarnya lalu membuang air kecil dengan penuh feeling . Tiba tiba , seekor buaya yang besar cuba menggigitnya . Menghempas sampan kecil mereka . Sampan mereka berkocak seketika .
"Ayah ! Buaya ! Buaya ! Dia cuba gigit saya !" , jerit James pada ayahnya .
"Kau ni James ! Tulahh sekarang kau nak buat hal . Aku dah cakap bahaya buang air malam malam dekat tempat macam ni . Buaya tu memang nampak saje ." , ayahnya membalas .
"Hahh kita berhenti dekat tepi tu sekejap . Kau pergi buang air dekat tepi pokok tu ." , kata ayah pada Jack . Ayahnya pun mendayung sampan kecil itu ke tepi lalu James melompat segera lalu lari ke tepi pokok itu untuk membuang air kecil . Dia kelihatan tergesa gesa kerana dia sudah tidak dapat tahan lagi . Dia terus membuang air kecil tanpa memangdang kiri dan kanan . Yang dia tahu , dia perlu membuangnya . Dari tadi kedengaran ayahnya membebal , tiba tiba ayahnya senyap . Dia berasa agak hairan , tidak pernah ayahnya sesenyap itu .
"Ayah ! Ohhh ayah . Di mana kamu ? Kenapa senyap saje ?" , jerit James pada ayahnya . "Ayah ? Ayah!" , jerit James lagi . Apabila dia sampai di sampan mereka , ayahnya tidak kelihatan disitu . "Ayah ?" , James bersuara . Tiba tiba , dia ternampak ayahnya sudah terbaring di tepi paya . Berlumuran darah darah dimuka . Mulutnya dirobek .
"Ayah ! Ayah ! " , dia menjerit lagi . Ayahnya sudah mati . Dia segera mengambil tombak yang terdapat di sampan kecilnya itu . Lalu dihulurkan , cuba ingin mempertahankan diri .
"Baik kau keluar cepat ! Aku tahu kau ada berdekatan ! Keluar cepat !" , James menjerit tetapi tidak tahu kepada siapa . Tiba tiba muncul satu lembaga , agak besar . Mukanya agak buruk . Rambutnya berserabai . Dia mencekik James dan mengangkatnya tinggi dari tanah . James tidak boleh berkata apa . Dia cuba melepaskan diri tetapi gagal . Lalu lembaga itu mencampak James ke pokok . Kepalanya terhentak . Dia tidak dapat bangun lagi . Dia agak sakit , tercungap cungap nafasnya . Tiba tiba lembaga itu datang , tangan lembaga itu cuba untuk membuka mulut James . Lalu dikoyakkan rahang James . James mati disitu . Lembaga itu menjerit , "Ayah!" . Lalu lembaga itu beredar dari situ .
"It's Halloween ! Woohoo . Apa kata malam ni kita join lawatan Halloween ke paya ? Nak tak ?" , Tanya Nick kepada Louis .
"Hah , buang masa sajalah . Baik kita lepak dekat bar saja . Boleh lihat perempuan , enjoy enjoy and banyak lagi" , balas Louis dengan nada yang mengharapkan bahawa Nick akan menyertainya ke bar malam itu . Dia malas menyertai aktiviti yang mengarut mengarut itu .
"Alahh Louis . Sekali sekala saje . Bukan selalu pon Haloloween ni ." , Nick merayu .
"Yelahh yelahh . Tapi kali ni saje ye ? Janji kau uruskan . Esok malam kau teman aku ke bar" , balas Louis .