Part 1 :: New

41.2K 2.5K 361
                                    

TAEHYUNG hanya berdiri di situ sambil menyilangkan tangan di dada. Matanya asyik memerhatikan seorang gadis yang sedang sibuk mengelap lantai ruang tamunya

"Ehem!" Taehyung berdehem. Setahu dia, dia tak pernah lagi simpan perempuan dalam rumah. Dari mana datangnya perempuan ni?

Gadis comel itu menoleh ke belakang dan saat itu mata mereka mula bertentangan

"Ma-Maaf. Saya tak perasan. Awak ni mesti Encik Taehyung kan?" tanya gadis itu. Senyuman yang paling manis dihadiahkan kepada Taehyung

Taehyung menutup semula pintu rumahnya. Langsung tak menghiraukan pertanyaan gadis itu. Kemudian, dia meletakkan briefcasenya di atas sofa. "Kau sapa? Macam mana kau boleh ada dalam rumah aku?"

"Ahh. Lupa pulak. Nama saya Park JiSul. Maid baru Encik Taehyung" Jisul membongkok sedikit di hadapan Taehyung. Segaris senyuman masih kekal di bibirnya

Taehyung memandang Jisul dari atas ke bawah. "Maid? Sapa hantar kau sini?!"

Jisul menelan air liur. Tak sangka dia ada majikan macam ni. Dahlah sombong. Kedekut dengan senyuman pulak tu!

"Om-omma..Omma a-"

Taehyung mendengus kasar. Dengan pantas lengan Jisul direntap olehnya. "Omma sapa?!"

"O-Omma awak. Mak-maksud saya Puan Kim. Ha! Puan Kim" Kerana terkejut, tergagap gagap Jisul menjawab pertanyaan Taehyung

"Kau dah fikir masak-ii ke?"

Jisul mengerutkan dahi. Fikir masak-ii? Untuk apa? "Saya tak faham. Apa maksud Encik?"

"Maksud aku..Kau dah fikir masak-ii ke nak jadi maid aku?" Jawab Taehyung

Jisul hanya mengagguk. Dia cuba berlagak tenang. Kalau dia tak kuatkan diri sekarang ni, dah lama dia pengsan kat situ

"Are you really sure?" Soal Taehyung. Mukanya sedikit serius

Jisul mengangguk lagi

"Good. Sambung balik kerja kau!" Arah Taehyung

Jisul menarik nafas lega sebaik sahaja Taehyung melepaskan tangannya. Langsung takde riak bersalah pada wajah Taehyung. Selamba dan sesuka hati dia je nak sentuh anak orang!

Jisul memegang dadanya. Degupan jantungnya semakin laju. Jangan kata jantung je macam nak gugur, lutut pon boleh longgar sebab dapat majikan yang terlebih kacak macam Taehyung

Mana-ii perempuan pasti akan cair melihat kekacakan lelaki itu. Tambah pula dengan renungan matanya yang menggoda itu. Haa~ Boleh membunuh berjuta-juta wanita

Tanpa sedar, ada segaris senyuman meleret di bibir Jisul

"Hoi! Kau tenung apa?"

Lamunan Jisul terhenti di situ sebaik mendengar suara garau Taehyung di depannya. Alamak! Masalah besar ni. Dia terlupa yang Taehyung masih lagi berdiri di situ

"Aku tanya kau tenung apa? 'Handsome' sangat ke aku ni sampai macam tu sekali kau tenung aku?" tanya Taehyung

Jisul menggeleng. Bila masa pulak aku tenung muka dia? Perasan!

"Ye ye aku tahu aku terlebih handsome. Aku faham. Kau malu nak mengaku kan?" tambah Taehyung lagi. Diikuti dengan ketawa sinisnya

Jisul mengetap bibir. Mamat ni. Masuk bakul angkat sendiri nampak. Ini dah melampau. Kalau tak disebabkan Taehyung ni majikan dia, dah lama dia lempang sampai mati. Huh!

[C] His Little MAIDWhere stories live. Discover now