Part 3

20K 2.1K 103
                                    

PERLAHAN Taehyung melepaskan tangan Jisul. Degupan jantungnya masih lagi laju macam kereta api. Pandangan matanya kali ni berbeza. Sangat menggoda. Tak sama macam yang sebelum ni

Jisul hanya tenung muka Taehyung. Nak cakap pon tak boleh. Terasa mulut ni macam dah kena kunci dengan mangga

"Bukan ke aku dah bagi warning sebelum ni? Kenapa kau degil?" Taehyung cuba berlagak tenang walaupun degupan jantungnya masih tak stabil

Ya. Dia pernah bagi warning kat Jisul supaya tidak mendekati bilik hujung tu tapi Jisul masih degil

"Saya tak sengaja. Saya terdengar suara orang berbual. Sebab tu saya ke situ. Saya ingat ada pencuri tadi" Jisul mencari alasan. Argh..lantaklah dia nak percaya ke tak

Taehyung mengeluh. Jisul dah nampak semuanya. Tak guna lagi dia nak berahsia

"Dia abang aku" Tiba-ii sahaja Taehyung bersuara

Jisul mengerutkan dahi. Abang? Selama dia bekerja di sini, dia tak pernah tau pon bilik tu ada orang duduk. Lagi sedih, dia langsung tak tau yang Taehyung ada abang

"Nama dia Jin. Kim Seokjin. Aku tau mesti kau tertanya tanya kenapa aku rahsiakan semua ni" sambung Taehyung lagi

Jisul mengagguk perlahan. Taehyung seperti dapat membaca fikirannya. Memang betul dia tertanya tanya kenapa semua orang mesti merahsiakan perkara ni. Termasuk Puan Kim

Taehyung mengerling jam di tangannya. Hampir pukul 2.15 pagi

"Aku tak boleh nak bagi jawapan sekarang. Aku rasa kau patut tido. Banyak lagi kerja yang kau perlu buat pagi nanti" Kata Taehyung sebelum berlalu pergi dari situ. Wajahnya masih beku macam ais. Langsung takde senyuman

Terkebil kebil mata Jisul sebaik mendengar kata-ii Taehyung. Dia mengeluh berat

Banyak lagi benda yang dia nak tanya sebenarnya. Hmm..tunggulah esok pagi

--------------

"SAPA perempuan malam tadi?" soal Jin sebaik sahaja Taehyung memasuki bilik. Pintu ditutup rapat lalu Taehyung melabuhkan punggung di atas katil empuk abangnya itu

"Hyung tanya sapa perempuan malam tadi tu?" Soal Jin lagi. Dia tak sabar nak tau sapa perempuan comel yang dia nampak malam tadi

"Jisul. Maid baru rumah ni" Jawab Taehyung. Dia meletakkan dulang nasi di atas katil

"Dah berapa lama dia kat sini?" Jin tanya lagi

"Hyung makanlah. Dah dua hari hyung tak makan" Taehyung tak jawab soalan Jin. Kenapa abangnya beria ria sangat nak tau pasal perempuan tu? Maid je pon

Jin menoleh ke arah Taehyung. Perlahan lahan dia berjalan mendekati Taehyung dengan menggunakan tongkatnya

"Hyung tanya ni.."

"Hampir seminggu" jawab Taehyung pendek

Jin tersenyum

Taehyung pandang wajah abangnya itu. Dah kenapa pulak senyum-ii? Mesti ada something ni

"Hyung suka. Mata dia cantik. Secantik orangnya" jujur Jin berkata. Dia sempat pandang wajah Jisul malam tadi. Mata perempuan itu menarik perhatiannya

Taehyung diam

Tak tahu kenapa timbul rasa cemburu dalam dirinya

"Hyung nak jumpa dia" kata-ii Jin kali ni membuatkan Taehyung sedikit terkejut

Tiga bulan abangnya berkurung di dalam bilik ni semenjak dia ditimpa kemalangan. Tiba-ii je nak keluar? Hanya disebabkan Jisul?

"Boleh kan?" Tanya Jin

Taehyung diam. Pada masa yang sama, dia berasa sedikit gembira

Yelah. Dah macam-ii cara dia buat supaya Jin tak lagi berkurung dalam bilik ni 24 jam. Hari ni tiba-ii je Jin nak keluar

"Boleh hyung. Nanti Tae bawak hyung jumpa ngan Jisul"

Jin mengukir senyum. Pastinya dia tak sabar nak jumpa dengan perempuan bermata cantik itu

--------------

"JISUL!"

Hampir terlepas bulu ayam yang dipegang Jisul sebaik mendengar suara Taehyung memanggilnya. Dia berhenti membuat kerja sebentar. Dipandang Taehyung yang sedang berjalan ke arahnya

"Ada apa, encik?" tanya Jisul. Dia menelan liur. Serius semacam je muka majikannya itu

"Lepas habis buat keje ni, basuh kereta aku pulak" arah Taehyung

Jisul ternganga. Dia ni nak dera aku ke apa?

"Basuh kereta encik?"

"Yelah. Takkan basuh kereta jiran sebelah pulak" Marah Taehyung

Jisul terpaksa akur. Nak buat macam mana. Dia ni cuma maid je kat dalam rumah ni. Apa yang majikan suruh, semua dia kena ikut. Kalo tak, hari ni jugak dia kena keluar daripada rumah ni

Taehyung meninggalkan Jisul di situ. Wajahnya seperti biasa. Beku je 24 jam. Senyum pon takde. Macam orang takde perasaan. Susah sangat ke nak senyum?

Jisul menyimpan semula bulu ayam di dalam stor. Kemudian, dia terus mengambil barang-ii untuk cuci kereta

Sebaik sahaja tiba di luar rumah, dia melihat sebuah kereta BMW yang sudahpon terparkir di depannya. Hmm. Baru keluar dari garaj lah ni

"Termenung apa lagi? Cepatlah cuci kereta aku!" Tiba-ii sahaja Taehyung muncul dari belakang. Dia ni suka sangat muncul tiba-ii

Cepat-ii Jisul pergi ke arah kereta itu sebelum membuka paip air

"Basuh tu biar bersih. Jangan ada kotor and calar sikit pon" Pesan Taehyung sambil tangannya disilangkan ke dada

"Cerewet gila" Omel Jisul dalam hati

Dia ingat aku tak penat ke buat keje dalam rumah tadi? Aku ni bukan robot yang boleh buat keje tanpa henti! Huh!

Tanpa sedar, hos air yang dipegang Jisul menghala ke arah Taehyung

"Hoi! Kau gila ke apa?" Teriak Taehyung. Tangannya cuba melindungi pakaiannya daripada basah

Jisul mula panik, "Omo!!"

"Matikan air tu!"

Kelam kabut Jisul matikan semula paip air itu. Habis basah pakaian yang dipakai Taehyung

Taehyung mengetap bibir. Mukanya merah menahan marah. Ikutkan nak je dia simbah air satu baldi kat Jisul sekarang ni

Jisul menelan liur. Kejap lagi meletuslah gunung berapi..

"PARK JISUL!!!"

Kan aku dah cakap. Hmm. Matilah aku kejap lagi..

TBC

----------

VOTE [✔]
KOMEN [✔]

[C] His Little MAIDWhere stories live. Discover now