Part 19

15.9K 1.5K 93
                                    

TAEHYUNG menutup semula pintu rumahnya. Tali leher dilonggarkan sedikit dan membuka tiga butang teratas kemejanya. Kemudian, dia melipat lengan kemejanya hingga ke paras siku. Panas

Tanpa membuang masa, Taehyung terus berjalan ke arah tangga untuk naik ke biliknya. Sempat dia menjeling ke arah bilik Jisul sebelum menaiki tangga. Mungkin gadis itu dah tidur

Belum sempat dia menaiki anak tangga, pintu bilik Jisul terbuka. Dia menoleh semula ke belakang dan melihat Jisul yang sedang menenyeh nenyeh matanya. Kemudian, pandangan gadis itu tertumpu ke arahnya

"Eh, encik dah balik?"

Taehyung cuma mengangguk. Matanya terus fokus pada pakaian Jisul. Gadis itu memakai baju tidur berwarna hijau yang bercorak teddy bear. Tak pernah dia tengok Jisul pakai baju macam ni. Nampak sangat comel

"Kenapa lambat? Encik Jin telepon banyak kali tapi encik tak angkat. Dia risau sebab encik tak balik-ii lagi"

Jisul mengerling jam di dinding. Tepat pukul 10 malam. Mana orang tak risau. Biasanya dalam pukul 5 atau 6 Taehyung dah sampai rumah

"Banyak kerja yang tertangguh. Aku terpaksa siapkan. Lepastu aku ada meeting ngan klien" jawab Taehyung dingin

Jisul tersenyum. Muka Taehyung nampak stress. Mood lelaki itu juga macam tak baik. Ada sesuatu terjadi ke? Ataupun stress sebab banyak kerja?

"Jisul. Nanti tolong buatkan aku air panas. Lelastu hantar kat bilik aku"

"Encik nak air apa?"

"Pape jelah. Asalkan panas" kata Taehyung. Pantas dia menaiki anak tangga untuk ke biliknya

--------------

Tok! Tok! Tok!

"Encik, saya ada bawak air yang encik mintak ni" kata Jisul sambil mengetuk pintu bilik Taehyung

"Masuk!"

Jisul menarik nafas panjang. Perlahan lahan dia memulas tombol pintu dan menapak masuk ke dalam bilik itu

"Mian sebab lamb-- OMO!" Cepat-ii Jisul memusingkan badan sambil memejamkan mata rapat-ii. Lututnya tiba-ii sahaja jadi lemah. Mukanya berubah menjadi merah

Nasib baik tak terlepas gelas di tangannya

Termasuk ni, dah dua kali dia melihat Taehyung tak berbaju. Aishh..malunya

Taehyung hanya memerhati reaksi Jisul. Cepat-ii dia menyarungkan t-shirt di badannya sebelum berjalan ke arah katil untuk mengambil tuala

"Kau kenapa?" Soal Taehyung. Dia tersenyum sinis. Tangannya sibuk mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala

"Kenapa encik tak bagitau yang encik tengah pakai baju? Saya boleh je tunggu kat luar bilik" jawab Jisul. Matanya masih terpejam rapat

Taehyung berdecit. Kenapa? Sebab dia saja nak mengusik Jisul. Dia suka tengok gadis itu blushing. Tak tau sejak bila

"Kau boleh bukak mata sekarang. Aku dah siap pakai baju"

Jisul menggigit bibir bawah. Dengan perlahan dia memandang ke arah Taehyung. Matanya dibuka sedikit. Nak pastikan yang lelaki itu betul-ii dah pakai bajunya. Mana tau dia tipu 😑

"Asal kau bawak susu?" soal Taehyung. Matanya tertumpu pada gelas yang dipegang Jisul

"Ahh~ Nenek saya pernah cakap, bagus minum susu sebelum tidur. Sebab tu saya buatkan encik susu panas"

Taehyung menjongket kening sebelah. Kenapa mesti susu? Takde air lain ke?. "Letak jelah kat atas meja sana. Nanti aku minum"

Jisul mengangguk sebelum berjalan ke arah meja yang terletak di sudut bilik. Sebaik sahaja meletakkan susu di atas meja, Jisul terpandang sesuatu

[C] His Little MAIDWhere stories live. Discover now