Blurp

91 6 1
                                    

Hidup Farah Zulaikha mula huru-hara sejak Haiqal meluahkan rasa hati kepada gadis itu. Mulut menafikan tetapi dalam hati sudah mula berbunga-bunga.
"Saya suka awak" - Haiqal
"Saya rasa kepala awak ni dah tak betul."- Farah Zulaikha.

Apabila berjauhan baru hati mula mengakui yang dia juga rindukan lelaki itu.
"Amboi, panggil sayang baru nak pandang." - Haiqal.
"Haiqal, dahlah tu. Malulah kalau orang dengar." - Farah Zulaikha.
"Biarlah. Berkasih sayang bukannya satu jenayah."- Haiqal

Saat menunggu ijab dan kabul terungkap, satu peristiwa berlaku membuatkan segala angan-angan terindahnya musnah sekelip mata. Hidup tidak selalunya indah, sebab manusia hanya mampu merancang. Tapi Allah yang tentukan segala-galanya. Kehilangan Haiqal dalam hidupnya memberi tamparan yg cukup besar.

Pertemuan dengan Izz Aidan semasa di Terengganu membuatkan hati Farah Zulaikha yang beku kembali hangat. Siapakah Izz Aidan yg sebenarnya? Mengapakah kehadiran lelaki itu mampu membuatkan hati Farah bagai dilanda tsunami?
"Saya baru dirompak dan barang yang paling penting dalam hidup saya dah hilang." -Izz Aidan
"Hah! Awak kena rompak? Dekat mana? Bila? Awak tak apa-apa Izz? Awak dah buat laporan polis ke? - Farah Zulaikha
"Belum. Saya tak sampai hati nak biarkan polis tangkap awak."- Izz Aidan
"Apasal petik nama saya pula ni? Bila masa saya rompak awak? Awak jangan nak main-main dengan benda ni Izz!" - Farah Zulaikha.
"Betullah. Awak yang bersalah sebab awak dah rompak hati saya. Awak curi hati saya, lepas tu awak biarkan saya terkapai-kapai seorang diri." -Izz Aidan
"Gila!!!" -Farah Zulaikha.

Kata Izz Aidan... 'You have to let go of the past so that the future can come in its place.'
Tapi mampukah hati Farah Zulaikha yang beku kerana cinta kembali hangat dengan cinta yang baru?

Indahnya CintaWhere stories live. Discover now