Bab 1

104 5 0
                                    

MATA yang pedih aku kelip-kelipkan beberapa kali. Jarum jam dipandang. Waktu sudah menghampiri ke pukul 12 malam. Fail yang terakhir aku baca tadi sudah pun ditutup rapat. Penat. Baru kaki mahu melangkah ke katil terdengar namaku dipanggil berserta ketukan di muka pintu. Langkah kembali diatur. Abah.
"Kenapa abah?" Tanya aku pada abah yang sedang tersenyum itu.
"Abah tengok bilik adik masih terang lagi masa kat bawah tadi." Ujar abah. Aku faham benar dengan perangai abah yang suka duduk di taman rumah. Suka berembun malam-malam buta. Skodeng aweks ke abah aku ni? Hakhak... kalau abah tahu apa yang di fikirkan aku sekarang ini, agaknya kepala aku dah kena luku. Aku tersengih.
"Semak kerja sikit bah. Dah siap pun." Balasku. Abah angguk.
"Esok jom joging dengan abah. Dah lama rasanya tak joging sama-sama." Ajak abah,
Aku telan liur. Joging? Dah lama rasanya aku tak buat kerja tu. Rasanya stamina aku pun pasti dah ke laut.
"Alah abah, adik ingat baru nak guling-guling sampai petang. Penatlah bah." Memang betul pun, sejak kebelakangan ini masa tidur dan rehat memang terhad. Terlalu sibuk.
"Elok sangatlah tu. Orang kalau penat badan baik joging baru tubuh tu sihat, bukan berlingkar atas katil sepanjang hari. Dah esok kita joging, ajak abang dengan Kak Aina sekali."
"Tapi bah..." aku nak membangkang tapi abah dah naikkan lima jari depan muka aku. Serius muka abah malam-malam buta ni.
"No excuse! Abah masuk tidur dulu. Ingat pukul tujuh pagi sharp turun bawah." Abah terus masuk biliknya. Aku mengeluh.
"Arghh!! Malasnya." Aku jerit perlahan. Pintu bilik kembali ditutup. Telefon di tepi bantal aku capai. WhatApss aku buka. Abang dan Kak Aina masih online. Bagus. Tak payah aku menapak ke bilik merekal aku tulis mesej dan hantar pada mereka berdua.

Malaslah - abang
No excuse! balasku.
Kemudian dari Kak Aina pula. Masing-masing memang tak suka joging. Samalah dengan aku.

Cakap sendiri kat abah kalau tak nak. Esok pukul 7 sharp!

Aku campak telefon ke sebelah. Malas nak melayan kerenah abang dan kakak aku. Mata mengantuk gila ni. Bunyi noti dari telefon pun aku buatl tak layan. Adios... aku nak tidur dulu.

Indahnya CintaWhere stories live. Discover now