Bab 5

70 3 0
                                    

Restoran D' Rasa menjadi pilihan untuk aku dan Kak Aina berjumpa. Suasana restoran nampak sedikit sesak. Aku memandang ke luar restoran. Lambat pula Kak Aina hari ini. Baru saja aku nak mesej, Kak Aina sudah muncul. Tapi yang tak bestnya ada orang lain datang bersama dia.
"Maaf lambat sikit. Ada kes kecemasan tadi." Ujar Kak Aina dan mengambil tempat di sebelah aku. Abang dan Haiqal di depan kami.
"Ni kat mana terserempak dengan dua orang mamat ni?" Aku kalih pada dua jejaka di depan aku. Tersengih saja mereka berdua ni.
"Kat luar tadi. saja ajak join kita sekali, lagipun dah lama tak borak sama- sama.
" Kami memang dah selalu jumpa, lainlah akak. Sibuk memanjang, balik pun jarang-jarang.
"Nak buat macam mana dik, dah memang tugas akak. Lagipun dah memang itu yg kakak pilih. Akak tak suka bisnes, baik kerja dekat hospital."
"Akak seronoklah dapat buat apa yang akak suka, tapi adik ni pula yg kena paksa dengan abah kerja kat syarikat tu." Aku mengadu.
"Dah, tak payah nak buat muka macam rumah tak siap. Tak malu ke Haiqal tengok?" Abang menyampuk.
"Lama ke Carl cuti ni?" Kak Aina bertanya sesudah kami siap makan.
"Dua minggu jugalah." Balas Haiqal.
Kak Aina mengangguk.
"Kalau macam tu, sempatlah nak pergi majlis Ajis tu nanti." Abang mencelah.
"Ingat macam tulah bro.Itu yg aku minta cuti lama sikit kali ni."
"Baguslah kalau gitu. Nanti bolehlah kita konvoi ramai-ramai. Mesti best ni. Aku pun dah lama tak pergi Batu Pahat. Last sekali masa kita balik kampung Ajis time belajar-belajar dulu."
Itu lah pasal.Ajis memang bengang gila bila time dia kahwin aku tak dapat datang." Rancak sekali Haiqal dan abang berborak. Aku dan Kak Aina hanya menjadi pendengar sahaja.
"Farah, Aina, jom ikut sekali. Korang belum pernah sampai BP lagi, kan?" Ajak Haiqal.
Aku sudah mahu mengangguk setuju.
" Tak payahlah nak ajak mereka ni, buat semak je, lagi-lagi budak sengal ni." Abang tunjuk pada aku.
"Ewah-ewah abang, sedapnya mengata orang. Kalau adik ni sengal, adik siapa juga?"
Tergelak mereka semua.
"Bila tu?" tanya Kak Aina.
"Minggu depan. Hari sabtu, 26 haribulan." jawab abang.
Kak Aina angguk sebelum dia membuka handphone dan menilik sesuatu. Jadualnya mungkin.
"Hmm... 26 haribulan ya? Alamak, maaflah Aina ada ceramah kat hospital haritu. Kalau hari isnin atau selasa tu, okeylah." Balas Kak Aina sambil menyimpan semula telefon.
"Rugilah kalau macam tu. Kalau tak, boleh kenal-kenal BP. Best tau kat sana. Aina dengan Farah pernah makan tak mi racun? tanya Haiqal teruja.
abang dah tersengih.
" Mi racun??? Apa tu? Kami bertanya serentak. Sungguh ini kali pertama kami mendengarnya.
"Mi racun tu makanan paling terkenal dekat BP. Rugi tau kalau tak cuba. Sedap sampai menjilat jari." Abang pula menambah.
"Tak mati ke?" Aku dah mula cuak. Dengar nama pun dah gerun, apatah lagi nak makan.
"Nama aje mi racun sayang oii.. bukan makan racun betul-betul pun. Kalau tak percaya, nanti boleh cuba." tokok abang lagi.
"Okey, nanti abang bawa adik ya?" Aku sudah teruja. Tak sabar nak mencuba.
"Eh, bila abang janji nak bawa adik? Haiqalkan yang janji nak bawa adik. Adik tanyalah dia." Abang mengusik.
Nak suruh dia pergi dengan Haiqal? oh, minta simpanglah! Kalau dengan dia, aku tak pergi pun tak apa.
"Tak apalah kalau abang tak nak bawa. Nanti adik pergi sendiri." Aku buat-buat merajuk.
"Uishh... Usik sikit pun dah nak merajuk." Abang menolak lembut kepala aku.
Aku menarik sengih. Umpan sudah mengena. Wah... Tak sabar rasanya nak tunggu minggu depan. Holiday time!

Indahnya CintaWhere stories live. Discover now