Pernahkah anda berasa "insecure" bila melihat wanita yang mempunyai mata yang cantik,bersih, dan sihat? Sis pun pernah ada rasa macam tu jugak, orait kali nie sis nk kongsi dengan anda semua tentang penjagaan mata barulah mata macam perempuan arab hihi (berangan)
Ø Pengambilan Telur : Seperti yang kita tahu kuning telur mengandungi kolestrol yang tinggi yang merupakan punca ada segelintir masyarakat cuba menghindari pengambilan telur kuning. Pada hakikatnya, kuning telur diperkayai oleh lutein dan zeaxanthin yang sangat bagus untuk mata , Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Massachusetts Lowell, sekiranya seseorang tu mengamalkan pengambilan telur secara teratur sebanyak 2 hari berturut ia dapat meningkatkan lutein dan zeaxanthin tanpa meningkatkan kadar kolestrol.
Ø Omega 3 : Tahukah anda menurut kajian yang dibuat oleh Universiti Melbounre, Australia. pengambilan asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan salmon dan makarel dapat melambatkan kerosakan mata berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkannya..Jadi apa lagi meh pakat ramai-ramai pi farmasi le membeli minyak ikan tu hehehe..
Ø Kawal tekanan darah & Berat badan : American Academy Of Ophthalmology menyatakan bagi mereka yang menghidap penyakit tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan aliran darah ke mata terhalang dan nutrisi tidak dapat mencapai kepada retina. Manakala,tempat penyimpanan utama bagi nutrisi yang larut dalam lemak dan jaringan lemak ialah lemak dalam tubuh yang bertindak sebagai nutrisi pelindungan mata anda.
Ø Makanan yang mengandungi antioksida : Seperti yang kita ketahui antioksidan dapat menstabilkan radikal bebas,hasil sampingan proses penjanaan tenagan oleh tubuh kita . Radikal bebas ini dapat merosakkan tubuh kita dan menyebabkan kadar kolestrol kita tidak terkawal. Oleh itu, pengambilan makanan antioksidan dapat menyehatkan mata kita. Terdapat pelbagai jenis makan yang mengandungi antioksidan (later sis kongsikan 10 makanan yang tinggi antioksidan).
Ø Masker Asam Jawa : Asam Jawa juga merupakan sumber zat besi dan vitamin C yang sangat baik. Selain itu salah satu keistimewaan Asam Jawa yang tidak dimiliki buah lainnya adalah adanya kandungan vitamin B seperti thiamin dan niacin serta merupakan sumber yang baik dari magnesium dan potasium. Asam jawa juga diperkaya oleh antioksidan yag tinggi, jadi siapa yang rajin boleh la buat asam jawa sebagai masker dan seelok-eloknya buat pada malam hari sebelum tidur dan cuci semula pada pagi hari. Caranya asam jawa + air sejuk sedikit (keadaan pekat) dan sapu pada bahagian mata
Okay sis rasa cukup sampai disini saja mengenai tips kesihatan mengenai mata daripada sis. IN SYA ALLAH ada masa sis akan berkongsi tips yang lain pula bersama anda semua. –Sekian wassalam..-

YOU ARE READING
TIPS ASAS PENJAGAAN KESIHATAN & KENCANTIKAN DIRI SENDIRI
General FictionPelbagai tips yang sangat berguna buat mereka yang sangat menitip beratkan tentang kesihatan dan kecantikan tubuh badan mereka.Tidak kira la penjagaan dari segi luaran mahu dalaman seseorang insan tersebut. Sayangi diri anda